KUALA LUUMUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini
menetapkan 18 Februari untuk pengurusan kes saman fitnah yang difailkan
anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nur Atasha Juhaidi Yean Abdullah bagi pihak Utusan.
Pada 23 November lalu, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutar-belit kenyataannya dalam satu forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.
Menerusi pernyataannya, anggota Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan oleh akhbar tersebut pada 6 Nov dan 7 Nov lalu.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah tersebut.
Beliau juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan