Khamis, 4 Jun 2009

Perbahasan Dewan Ulama hangat dengan isu pilihan raya, tarbiyah

Intan & Zain Hashim


SHAH ALAM - Perbahasan Dewan Ulama PAS Pusat yang bermula jam 10.55 pagi tadi dikendalikan oleh Pengerusi Tetapnya, Dr Osman Sabran yang telah menjemput Setiausaha Dewan iaitu Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman membentangkan minit muktamar 2007/2008 yang telah disahkan oleh perwakilan.

Perbahasan dimulakan dengan soalan perwakilan daripada Kelantan iaitu Ustaz Haji Husin Busu yang mempersoalkan keterbatasan peranan ulama pada musim pilhan raya. Persoalan itu telah dijawab oleh Dato' Husin Awang yang menjelaskan bahawa Dewan Ulama PAS Pusat dan Negeri Terengganu telah menggembeleng tenaga sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, bahawa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, 400 kuliah, 12 khutbah telah dapat disampaikan, jika dijumlahkan dengan kehadiran setiap kuliah dihadiri 40 orang dikalikan 400 kuliah ini bermakna 16,000 pendengar atau pengundi mendapat maklumat benar, maka pengundi akan memenangkan calon PAS.

Selanjutnya beliau berkata, kekuatan pilihan raya dibantu dengan petugas daripada Dewan Ulama daripada Kelantan berjumlah 500 orang yang datang dengan menggunakan kewangan sendiri menyemarakkan proses kempen dengan mengadakan kuliah, tazkirah, ziarah dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan

Ulama juga telah menggunakan format yang sama pada pilihan raya kecil di Bukit Gantang termasuk 500 petugas dari Kelantan dibantu para petugas Dewan Mslimat dan Pemuda yang aktif memberi ceramah, kuliah, tazkirah sama ada di masjid-masjid yang dibenarkan oleh kerajaan negeri Perak termasuk rumah-rumah pengundi yang membenarkan petugas menggunakan rumah sebagai markas.

Apa yang menarik perhatian dalam perbahasan ini apabila AJK Dewan Ulama PAS Pusat iaitu Ustaz Abdullah Abdul Razak mencelah dengan mengatakan bahawa beliau sendiri diberi sambutan hangat di Perak khususnya pengundi-pengundi di Bukit Gantang, kerana terdapat seorang pengundi yang sakit kemudian ditawarkan air dan selepas tiga hari sembuh dengan izin Allah. Sejak peristiwa itu banyak botol berisi air diserahkan kepadanya unuk ditawarkan, akhirnya beliau mengaku bahawa beliau bukan seorang bomoh atau dukun.

Dalam kesempatan itu juga, Dato' Haji Muhammad Iraqi diberi penghomatan untuk respons kepada pilihan raya melibatkan ulama, beliau menegaskan bahawa memanglah baginda Rasulullah s.a.w. di peringkat Mekah kurang terlibat dalam peperangan, apabila baginda berhijrah ke Madinah siri peperangan berlaku hingga mencecah kepada 47 peperangan, sama ada disertai sendiri oleh baginda ataupun tidak.

Begitulah juga dengan PAS yang sejak kebelakangan ini menghadapi peperangan dalam pilihan raya sejak pada awal tahun 2009, tetapi apa yang dapat diperkatakan ialah ulama lah menjadi pemangkin kepada kekuatan perjuangan ummah.- mns_

Tiada ulasan: