Ahad, 1 Mac 2020

Faizal beri bayangan PPBM, Umno dan PAS akan bentuk kerajaan baru di Perak

Ahmad Faizal Azumu akan menghadap Sultan Perak, Sultan 
Nazrin Muizzuddin Shah hari ini untuk memaklumkan keadaan 
semasa kerajaan negeri susulan pembentukan kerajaan baru 
di Putrajaya di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk kekal sebagai menteri besar Perak dan akan menubuhkan kerajaan baru bersama Umno dan PAS.

Katanya, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini untuk memaklumkan perkembangan terkini kerajaan negeri susulan pembentukan kerajaan baru di Putrajaya di bawah pimpinan perdana menteri ke-8.

“Saya nak balik menghadap Sultan Perak,” katanya ketika ditemui di kediaman Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, PPBM bersama PAS dan Umno akan mengadakan perbincangan lanjut untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

“Saya akan bincang (bentuk kerajaan baru dengan PAS, Umno dan PPBM), saya akan umumkan.
“Doakanlah saya kekal (MB),” katanya.

Faizal antara kumpulan yang menyokong kepimpinan Muhyiddin membentuk kerajaan baru bersama Barisan Nasional dan PAS.

Dewan Undangan Negeri Perak mempunyai 59 kerusi dengan DAP mempunyai 18 kerusi, Amanah (6), PKR (4), PPBM (2), Umno (25), PAS (3) dan bebas (1).

Tiada ulasan: