SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia
(Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, saranan Puteri Umno Bahagian
Sungai Siput agar penampilan atau pemakaian Puteri Umno haruslah
bercirikan Islam adalah selaras dengan perlembagaan Umno.
Katanya, secara prinsipnya beliau bersetuju dengan saranan itu kerana
dalam perlembagaan Umno sendiri telah menggariskan peruntukan bahawa
perjuangan Umno untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
"Ini bukan sahaja soal etika berpakaian bahkan dari sudut perwatakan,
dan saya kira saranan itu bukan bererti hendak menghukum semua Puteri
tidak berciri berpakaian muslimah atau tidak saya rasa dia tidak
bermaksud sedemikian.
"Cuma sebagai satu nasihat dan muhasabah supaya ia kena dengan
perlembagaan Umno itu sendiri, kita hendak membawa perjuangan untuk
mempertahankan agama, bangsa dan negara jadi kita tunjuk contoh kepada
masyarakat pada umat Islam kita bukan sahaja memperjuangkan agama bahkan
dalam kehidupan kita sendiri kita melaksanakan agama," katanya.
Dalam pada itu, Fathul menggesa agar Puteri Umno menyambut saranan itu dan mengikut saranan tersebut.
"Nasihat yang sangat baik...ia perlu diikut," katanya.
Sebelum ini dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Sungai Siput
baru-baru ini, salah seorang ahlinya mencadangkan agar Puteri Umno
berpakaian seperti 'seorang muslimah sebenar'.
Terdahulu, gambar seorang ahli Puteri Umno Bahagian Sungai Siput
menjadi viral selepas beliau didakwa menyeru ahli Puteri bertudung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan