Ahad, 14 Jun 2015

Sabah dilanda satu lagi gempa bumi

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KOTA KINABALU: Sabah dilanda satu lagi gempa awal pagi ini, lapan hari selepas kejadian pertama yang meragut 18 nyawa.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan di Facebook bahawa gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.29 pagi waktu tempatan, 25 km dari Kota Belud.
 
Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.
 
Media sosial menyiarkan posting daripada penduduk yang dalam ketakutan dan warga maya yang prihatin.
 
Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.
 
Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas, tetapi kemudiannya diselamatkan.


Tiada ulasan: