MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Presiden MIC Datuk Seri G
Palanivel harus muhasabah diri mengenai masalah yang menimpa parti itu
dan tidak seharusnya menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul
Razak.
Dengan menyalahkan Najib, katanya, ia hanyalah dilihat sebagai tindakan untuk menutup kelemahan kepimpinan Palanivel sendiri.
“(Bagi) Pemuda Umno, kita mendesak supaya Datuk Seri Palanivel
bermuhasabah diri dan melihat kepada kelemahan yang ada dalam kepimpinan
MIC itu sendiri dan itu yang menjadi punca kemelut dan krisis
kepimpinan MIC dan bukannya PM, saya percaya PM hendak selesaikan
masalah ini dengan cepat dan menyeluruh.
"Walaupun secara dasarnya kita tidak mencampuri urusan parti komponen
yang lain, tetapi bagi Pemuda Umno kita berpendapat pemimpin parti
komponen tidak sepatutnya menyalahkan PM berkenaan dengan masalah
dalaman yang dihadapi parti mereka.
“Sekiranya ada usaha untuk menyalahkan PM, ini dilihat sebagai satu
tindakan untuk menutup kelemahan kepimpinan parti itu sendiri,” kata
Khairy dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda
di PWTC hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan