Selasa, 10 Mac 2015

PAS gesa GLC tidak bantu 1MDB

MALAYSIAKINI


 


Timbalan perdana menteri digesa menasihati kabinet agar mengeluarkan arahan kepada semua syarikat besar berkaitan kerajaan (GLC) untuk tidak membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga siasatan selesai.

Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membuat gesaan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru syarikat pelaburan nasional itu.

"Rakyat mengharapkan timbalan perdana menteri jangan sekadar berhenti setakat mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.

"Amaran dan saranannya perlu disusuli dengan tindakan untuk tidak mengecewakan rakyat yang mulai bimbang," katanya.

Selain saranan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Petronas dan Khazanah agar tidak melabur di dalam 1MDB atau membeli aset 1MDB, Tuan Ibrahim juga menggesa:

1. Muhyiddin mendapatkan sokongan kabinet bagi membolehkannya menggantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai menteri kewangan buat sementara waktu bagi memastikan tiada dana awam digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

2. Muhyiddin menasihatkan perdana menteri agar tidak memberi sebarang arahan kepada 1MDB, selaku pengerusi lembagai penasihat 1MDB, sehingga siasatan selesai.

3. timbalan perdana menteri mencadangkan kepada kabinet agar mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) dan polis untuk memulakan tugas menyiasat segera tanpa perlu menunggu hasil siasatan ketua audit negara.

4. menteri pendidikan mencadangkan agar kabinet mendedahkan perjanjian penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia kepada 1MDB


Tiada ulasan: