Isnin, 22 Disember 2014

PKR sahkan bertemu bincang kontroversi hudud

MALAYSIAKINI



 
 
 
PKR telah mengesahkan bahawa satu mesyuarat biro politik telah diadakan semalam yang membincangkan isu pelaksanaan hudud.
 
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, ia adalah mesyuarat dalaman, maka PKR tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
 
Mesyuarat PKR itu diadakan selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kerajaan negeri akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.
 
Ahmad (kanan) dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan menguatkuasakan hudud.

Tiada ulasan: