Ahad, 14 Disember 2014

PERKASA perkecil '25 Melayu ternama'

MALAYSIAKINI


 


PERKASA hari ini memperkecilkan kumpulan 25 orang Melayu ternama yang tampil menyeru ke arah kesederhanaan dengan mengkritik kumpulan pendesak itu sebelum ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA sebaliknya mempunyai “ratusan lagi” anggota yang lebih hebat daripada golongan itu.

“ (Seramai) 25 tokoh Melayu, dalam PERKASA kita ada ratusan yang lebih hebat.

“Kalau nak keluarkan pendapat, (PERKASA) tak halang tetapi jangan nak sentuh PERKASA dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Amaran pada 4 pemimpin Umno

Dalam ucapan sama, Ibrahim turut mengingatkan beberapa pemimpin Umno supaya tidak "menyentuh" NGO itu dan sebuah lagi NGO lantang Melayu, ISMA.

Beliau menamakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas ahli parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Kepada Jazlan, Saifudin Abdullah, KJ dan Salleh Keruak, kita bukan nak bermusuh.

"Kalau tak boleh nak bela Melayu, jangan sentuh PERKASA dan ISMA,” katanya.

Tiada ulasan: