Khamis, 11 Disember 2014

‘Occupy University Malaya’ dilancar, pelajar berkhemah depan kampus

UM

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: : Tidak puas hati dengan tindakan Universiti Malaya  (UM) menggantung dua pelajar, Mahasiswa Progresif UM menyeru gerakan pelajar universiti itu bersama dalam ‘Duduki Universiti Malaya’ (Occupy UM).

Setiausaha Agung Progresif UM Vince Tan berkata, mahasiswa UM dari pelbagai pertubuhan akan berkhemah di luar pagar universiti itu bermula hari ini.

“Gerakan Occupy UM adalah bantahan terhadap pengurusan universiti.

“Kami menjemput seluruh komuniti mahasiswa dan ahli akademik untuk bersama dalam usaha murni ini,” kata Vince dalam satu kenyataan.

UNIVERSITY MALAYA_OCCUPY_PROTESTPada 9 Disember lalu, UM menggantung dua pelajar Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin dan mendenda empat yang lain kerana terlibat mengadakan himpunan solidariti bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Vince, hukuman itu percubaan untuk menakutkan mahasiswa yang berjuang bagi mendapatkan hak bersuara dan kebebasan akademik.

“Namun, yang berlaku tidak menunjukkan nilai kebebasan akademik,” kata Vince yang juga Setiausaha Agung Majlis Pelajar Universiti Malaya (MPUM).

Dalam pada itu katanya, pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak menyuburkan pemikiran terbuka seperti dijanjikan kerajaan sewaktu pindaannya pada 2012.

“(Awal tahun ini) Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan ruang bersyarah di Fakulti Undang-Undang, sebaliknya Datuk Ambiga Sreenevasan yang tidak pernah mewakili mana-mana parti tidak dibenarkan masuk untuk memberikan syarahan dalam Konvensyen Karier Undang-Undang.

“Kampus yang seharusnya menyuburkan minda muda dan melahirkan pemikir hebat hari ini dimatikan kerana universiti menjadi mangsa campur tangan politik,” ujar Vince. – Roketkini.com

Tiada ulasan: