Roketkini.com
KUALA LUMPUR: : Tidak puas hati dengan tindakan
Universiti Malaya (UM) menggantung dua pelajar, Mahasiswa Progresif UM
menyeru gerakan pelajar universiti itu bersama dalam ‘Duduki Universiti
Malaya’ (Occupy UM).
Setiausaha Agung Progresif UM Vince Tan berkata, mahasiswa
UM dari pelbagai pertubuhan akan berkhemah di luar pagar universiti itu
bermula hari ini.
“Gerakan Occupy UM adalah bantahan terhadap pengurusan universiti.
“Kami menjemput seluruh komuniti mahasiswa dan ahli
akademik untuk bersama dalam usaha murni ini,” kata Vince dalam satu
kenyataan.
Pada
9 Disember lalu, UM menggantung dua pelajar Fahmi Zainol dan Safwan
Shamsuddin dan mendenda empat yang lain kerana terlibat mengadakan
himpunan solidariti bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Vince, hukuman itu percubaan untuk menakutkan mahasiswa yang berjuang bagi mendapatkan hak bersuara dan kebebasan akademik.
“Namun, yang berlaku tidak menunjukkan nilai kebebasan
akademik,” kata Vince yang juga Setiausaha Agung Majlis Pelajar
Universiti Malaya (MPUM).
Dalam pada itu katanya, pelaksanaan Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU) tidak menyuburkan pemikiran terbuka seperti
dijanjikan kerajaan sewaktu pindaannya pada 2012.
“(Awal tahun ini) Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan ruang
bersyarah di Fakulti Undang-Undang, sebaliknya Datuk Ambiga Sreenevasan
yang tidak pernah mewakili mana-mana parti tidak dibenarkan masuk untuk
memberikan syarahan dalam Konvensyen Karier Undang-Undang.
“Kampus yang seharusnya menyuburkan minda muda dan
melahirkan pemikir hebat hari ini dimatikan kerana universiti menjadi
mangsa campur tangan politik,” ujar Vince. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan