Isnin, 8 Disember 2014

M'sia Boleh jadi M'sia Bodoh, sindir PAS

MALAYSIAKINI


 


Pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) terus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Kali ini, PAS pula tampil mempersoalkan pelantikan warganegara asing itu kerana didakwa membuktikan kegagalan Malaysia melahirkan tokoh korporat tempatan.

“Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu,” kata ketua penerangan pasti itu Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya petang ini.

“Pemilihan warga asing untuk menerajui MAS menjadikan slogan Malaysia Boleh bertukar menjadi 'Malaysia bodoh', seperti kenyataan sinis Tun Mahathir (Mohamad bahawa) rakyat Malaysia bodoh dan tak layak untuk terajui MAS.”

Menjawab soalan, Mahathir (kanan) hari ini terus sinis terhadap pelantikan warganegara asing dengan berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

Beliau juga khuatir rakyat Malaysia tiada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti mungkin mengambil 'orang putih' sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Mahfuz juga menyindir sama ada jawatan menteri kewangan yang disandang Datuk Seri Najib Razak juga patut diserahkan pada warga asing bagi memulihkan ekonomi negara.

Bukan sekadar pemulihan MAS, beliau membangkitkan isu beban hutang negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Tiada ulasan: