Khamis, 11 Disember 2014

MB: Pembangkang disantuni ilham tradisi demokrasi Bugis demi rakyat

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menyantuni Barisan Nasional sebagai pembangkang di negeri itu berdasarkan prinsip tradisi demokrasi Bugis yang menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, tradisi Bugis menanam benih demokrasi, atau istilah Bugisnya amaradekangeng menjadi ilham beliau meraikan pembangkang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.

Penganugerahan darjah kebesaran Sultan MB (15)“Berilhamkan falsafah amaradekangeng, pentadbiran patik turut menyantuni pembangkang kerana mereka adalah sebahagian dari demokrasi.

“Maksud patik hanya semata-mata untuk memajukan demokrasi dan agar pembangkang turut berkhidmat menjaga kepentingan rakyat Tuanku,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-69 hari ini di Istana Alam Shah.

Kata beliau tradisi keilmuan masyarakat Bugis juga mempunyai pengaruh besar terhadap tradisi keilmuan Melayu.

“Seperti ditampilkan Tuhfat al‐ Nafis, teks penting pensejarahan dan kebudayaan Melayu-Bugis yang ditulis oAlmarhum Raja Ali Haji, pendita agung Melayu berketurunan Bugis di abad ke-19,” kata Mohamed Azmin.

Katanya, bahkan hari ini, dunia baru sahaja menemukan kembali epik bangsa Bugis bernama I La Galigo, karya dikatakan lebih panjang dari Mahabharata, yang sejak 2004 dipersembahkan sebagai muzikal di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Singapura.

“Di bawah naungan Tuanku, kepelbagaian budaya Melayu bersekutu dengan kosmopolitanisme Selangor disuburkan sesuai cogan kata Malaysia: Bersekutu Bertambah Mutu,” katanya.EZY

Tiada ulasan: