Penduduk Kampung Keroh meredah banjir akibat limpahan air dari Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini. Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai kekal 4,864 orang, di 39 buah pusat penempatan banjir. - Foto Bernama Penduduk Kampung Keroh meredah banjir akibat limpahan air dari Sungai Nal dekat Kuala Krai hari ini. Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai kekal 4,864 orang, di 39 buah pusat penempatan banjir. - Foto Bernama
 
 
KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZ11) dinaiki air paras pinggang sehingga jam 12 tengahari tadi.

Limpahan air Sungai Kelantan  mula memasuki kawasan tersebut pada jam 2.30 pagi malam tadi mula memenuhi belakang farmasi,kantin dan farmasi.

Sejak petang kelmarin pihak HRPZ11 telah memindahkan pesakit yang berada di bangunan mudah dinaiki air ke bangunan wad lebih selamat serta ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dalam pada itu,warga HRPZ11 turut dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa turut ditangkap di depan Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

Sehingga jam satu tengahari sebentar tadi paras air Sungai Kelantan di Tambatan DiRaja mencatatkan bacaan 6.86meter (m) melepasi paras bahaya 5m.