Khamis, 11 Disember 2014

Harga minyak jatuh hampir AS$60 setong

MALAYSIAKINI


 


Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu, menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong kini hampir AS$60.

Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong pengeluaran, lapor Reuters.

Harga minyak mentah Brent dunia jatuh hampir separuh setelah mencecah paras tinggi AS$115 pada Jun ekoran peningkatan pengeluaran AS dan permintaan pasaran yang dijana akibat surplus yang tidak mampu diserap oleh pengeksport minyak terbesar dunia itu.

Menteri minyak Saudi Ali al-Naimi, dalam lawatan ke Peru, menolak cadangan mengurangkan pengeluaran selepas berkata pasaran akan menentukan sendiri harganya.

Arab Saudi, anggota utama Persatuan negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) mengekalkan jumlah pengeluaran mereka antara 9.6 juga hingga 9.7 tong sehari pada November.

“Ini tidak akan berubah melainkan ada pelanggan lain datang dan kata mereka mahu lebih banyak minyak,” Naimi dipeti sebagai berkata pada Rabu.

Tiada ulasan: