Ahad, 7 Disember 2014

DAP: Muslim sendiri belum sedia dengan hudud

MALAYSIAKINI


 


DAP mengingatkan PAS bahawa hudud ia tidak selari dengan konsep demokrasi yang cuba diketengahkan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengulas mengenai "pandangan eksklusif agama” yang menurutnya diamalkan Umno untuk melebarkan perbezaan antara agama dan parti-parti dalam Pakatan.

Beliau mengingatkan PAS supaya tidak terjerumus dalam perangkap itu.

“Kami melihatnya mempunyai dinamik yang sama dengan gesaan oleh pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud,” katanya.

"Terdapat pandangan yang salah bahawa PAS perlu mengilap keislamannya dengan menggunakan pendekatan lebih eksklusif melalui penguatkuasaan sesuatu bentuk undang-undang agama,” katanya.

“Tindakan itu memudarkan pilihan orang Islam untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dan akan menjejaskan orang bukan Islam dalam pelbagai perkara daripada penjagaan hak penjagaan kanak-kanak kepada amalan kebudayaan,” katanya.

Lim berkata demikian dalam ucapan di majlis makan malam DAP Seputeh di Kuala Lumpur semalam.

Veteran DAP itu turut mengingatkan PAS bahawa mengikut tinjauan, majoriti rakyat Malaysia tidak bersedia hudud dilaksanakan di negara ini.

Tiada ulasan: