Khamis, 25 Disember 2014

Banjir mula melanda Kedah, 2 pusat pemindahan dibuka

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Banjir mula melanda Kedah dengan sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri ini terutama di daerah Padang Terap dipindahkan sejak tengah hari ini.
 
Selain Kedah, negeri lain yang dilanda banjir ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis.
 
Sehingga kini, dua pusat pemindahan banjir dibuka di Padang Terap bagi menampung mangsa banjir berikutan hujan sejak beberapa hari lalu.
 
Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah, Mejar Mohd Radzi Abd Hamid sebuah pusat pemindahan telah dibuka di Kampung Chepa, Nami, yang menempatkan 19 mangsa daripada dua keluarga.
 
"Ini berikutan limpahan air Sungai Pedu dan Sungai Muda dan kita percaya keadaan ini hanya sementara, dan mangsa akan dibenarkan pulang petang nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
 
Sebuah pusat pemindahan lagi dibuka di Dewan Petunas Lubuk Merbau yang menempatkan 11 mangsa dari Kampung Lubuk Merbau, 21 dari Kampung Baru Lubuk Merbau dan sejumlah mangsa yang bilangannya belum dikenal pasti dari Kampung Dusun.

Tiada ulasan: