Isnin, 21 Julai 2014

PM tak tidur malam selepas insiden MH17

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu beliau tidak dapat tidur malam ekoran nahas mengejutkan melibatkan pesawat

 Beliau terpaksa menghubungi pemimpun dunia ekoran nahas melibatkan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) itu.

“Ini dua malam berturut-turut tidak tidur malam. Sebab apa? Sebab saya dihubungi pemimpim dunia dan pihak-pihak lain,” katanya yang kelihatan lesu dalam sebuah acara berbuka puasa di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurutnya, beliau menyatakan pendiriannya kepada pihak terbabit supaya mangsa dibawa keluar daripada tapak nahas dalam masa terdekat.

“Kita tak boleh biarkan keadaan di mana mereka boleh dibawa sesiapa sahaja, (atau) diletak di tempat yang kita tidak ketahui,” katanya.

Selepas pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh pada Khamis, Ukraine dan Amerika Syarikat mendakwa ia ditembak oleh peluru berpandu.

Malaysia enggan mengeahkan perkara ini atas alasan siasatan masih berjalan.

Tiada ulasan: