Rabu, 23 Julai 2014

Gerakan gesa PKR hormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor

 
Pengumuman pertukaran MB Selangor tanpa perkenan Sultan Selangor merupakan suatu tindakan yang 'biadap'


Tan Keng Liang


PETALING JAYA: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengesa supaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor.

Menurut Artikel 53 (2) (a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor, perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor adalah hak Sultan Selangor dan atas budi bicaranya untuk menentukan siapa di dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti.

“Perlantikan MB Selangor bukan hak PKR ataupun Anwar.

“Pemuda Gerakan berasa kesal dengan tindakan Anwar dan PKR yang mengumumkan pertukaran MB Selangor tanpa memperolehi perkenan Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas Tan lagi, pengumuman pertukaran MB Selangor tanpa perkenan Sultan Selangor adalah bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Negeri Selangor.

“Ia juga merupakan suatu tindakan yang ‘biadap’,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada pengumuman oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bahawa PKR telah bersetuju untuk tukar MB Selangor dengan presidennya Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada ulasan: