Rabu, 23 Julai 2014

Ahli PAS diminta teruskan tanggungjawab

 
Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang telah diatur hendaklah diteruskan.

YB-Iskandar-2


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS  Selangor, Iskandar Abdul Samad meminta agar ahli PAS di Selangor meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di negeri Selangor.

Menurutnya, sama ada sebagai EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid, pengerusi surau atau apa-apa jawatan lain, mereka hendaklah terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat.

“Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang telah diatur hendaklah diteruskan.

“Mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat  terabai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan.

“Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini,” ujarnya.

Tiada ulasan: