Isnin, 7 April 2014

Selepas Denggi, TB Juga Dilaporkan Meningkat

BULETIN ONLINE

Fakta TB trg1KUALA TERENGGANU – Selepas diserang demam denggi yang luar biasa, Terengganu dilapor mencatatkan 770 kes batuk kering (TB) pada tahun lepas, meningkat lima peratus daripada 733 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun 2012.

Pengarah Kesihatan Terengganu , Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata sehingga Mac tahun ini , sebanyak 203 kes TB telah dilaporkan di negeri ini dengan purata 68 kes sebulan.

” Menurut statistik, 770 kes Batuk Kering dilaporkan pada tahun lepas di negeri ini untuk kadar pemberitahuan 70.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk, peningkatan sebanyak 5.0 peratus daripada 733 kes pada 2012,” katanya semasa melancarkan kempen anti TB peringkat negeri di Setiu, pada Selasa 1 April.

Dr Anwa berkata jabatan kesihatan , dalam menjangkakan peningkatan dalam kes-kes TB untuk tiga tahun akan datang, telah memberi perhatian yang serius kepada penyakit tersebut.

Beliau berkata cabaran utama dalam membasmi penyakit itu adalah pencegahan dan kawalan dengan kadar pemulihan tahun lepas dicatatkan pada 79 peratus , yang malangnya , tidak memenuhi kadar Pertubuhan Kesihatan Sedunia disyorkan sebanyak 85 peratus.

Beliau turut menyebut, dalam tempoh tiga bulan tahun ini, terdapat 241 kes denggi dengan satu kematian telah direkodkan.

Jumlah kes denggi di Kuala Terengganu mencatat peningkatan ‘luar biasa’ dengan mencecah 3,650 peratus iaitu 150 kes dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini sehingga Mac lepas, berbanding hanya empat kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 137 kes demam denggi manakala 13 kes lagi demam denggi berdarah manakala Besut pula meningkat 400 peratus, melibatkan 14 kes berbanding empat kes dalam tempoh serupa.

Fakta Denggi trg1Ia diikuti daerah Setiu dengan peningkatan 100 peratus, Dungun (16.7 peratus) dan Marang (14.3 peratus) sementara Hulu Terengganu dan Kemaman mencatatkan penurunan kes, masing-masing 20.0 peratus dan 12.5 peratus.

“Terdapat peningkatan kes denggi yang ketara dalam tempoh 10 minggu pertama tahun ini di negeri ini, sehingga 5 Mac, keseluruhan sebanyak 198 kes dilaporkan berbanding hanya 40 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Ia menunjukkan peningkatan kes sebanyak 395.0 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perhimpunan Penyayang dan Jasamu Dikenang Peringkat Daerah Besut di Hospital Besut pada 8 Mac.

Tiada ulasan: