Khamis, 25 April 2013

Zahid sahkan 35 pengganas Sulu ditembak mati oleh tentera laut Filipina

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER
 
Sementara itu di Lahad Datu, Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata Esscom telah dimaklum mengenai kejadian itu dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Meskipun kejadian ini berlaku di luar kawasan perairan kita namun matlamat kumpulan pengganas itu adalah untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan serta kekacauan menjelang pilihan raya umum ke 13.

 "Dalam apa juga keadaannya, kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan kawalan keselamatan telah dipertingkat," katanya kepada Bernama.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas tindakan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas itu, yang disifatkannya sebagai langkah wajar dalam memastikan pengganas dari negara itu tidak menyeludup masuk ke Malaysia.

 Katanya, pasukan keselamatan Filipina telah memberikan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kegiatan pengganas. --

BERNAMAGEORGE TOWN, 25 April — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13.

Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand.

Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini.

Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal pada Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri.

"Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih.

Jangan takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya. Pada Selasa lepas, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah. Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.— Bernama

Tiada ulasan: