KUALA
LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada
pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.
Statistik calon dalam pilihan raya umum ke-13.Selepas hari penamaan calon ditutup, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen lapor The Star Online.Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).
Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.
Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan