MSO
Che Johan Che Pa telah pun dipanggil menghadap Lembaga Disiplin
Umno berhubung tindakannya tidak menyerahkan borang penamaan calon pada
20 April lalu. Alasan diberikan ialah kerana hendak memberi kemenangan
kepada calon bebas Inchek Ibrahim Ali. Gara-gara itu UBN hilang satu
kerusi sebelum bertanding.
Beliau
mahu Ibrahim menang kerana dia tidak yakin dia akan menang, dan kalau
dia bertanding juga Nik Abduh akan menang mudah. Dia berbuat begitu
kerana ingin mematikan legasi Nik Aziz. Nik Abduh adalah satu-satu anak
Nik Aziz yang minat politik dan akan menjadi legasi kepada Mursyidul Am
PAS itu.
Pengorban Johan besar dan hebat tetapi tidak kena pada tempatnya. Dia
mempunyai niat yang baik dari konteks Umno hendak menamatkan legasi Nik
Aziz tetapi dalam masa sama dia membelakangkan partinya sendiri. Cara
dia bertindak itu tidak berintegriti dan memalukan partinya. Apa yang
dilakukan itu menyebabkan dia boleh dianggap seorang yang tidak bermoral
dalam politik.
Orang yang dia beri laluan adalah orang yang telah mengkhianti partinya,
Umno. Tahun 2004 orang itu menentang calon Umno menyebabkan dia dipecat
dari Umno seumur hidup. Tahun 2008 dia bertanding atas tikit PAS dan
menang. Selepas itu dia khianati PAS pula. Orang Umno Pasir Mas tidak
boleh lupa dengan kemenangan itu dan orang PAS Pasir Mas tidak akan lupa
pengkhianatan itu.
Betapa semasa kempen Inchek Ibrahim mengutuk Umno dan
menghina para pemimpin Umno. Malam siang dia mengeji pemimpin Umno
termasuk Najib Razak, Mustapa Mohamed dan lain-lain.
Alih-alih hari ini Johan beri laluan kepada Ibrahim yang disifatkan sebagai ayah dan juga god father
politik. Bolehkah dalam perjuangan kita berkompromi dengan musuh? Atau
pun kita tinggalkan prinsip dan pijak maruah parti? Prinsip perjuangan
kita harus tentang sesiapa saja termasuk ayah, anak, adik beradik dan
kawan kalau ia telah 'memakan' prinsip perjuangan kita.
Prinsip perjuangan tidak boleh digadai atas nama hubungan kekeluargaan atau pun sahabat handai.
Apa yang saya nak tegas di sini mengenai nawaitu Johan itu, yang ingin
sekat legasi Nik Aziz dengan memastikan Nik Abduh kalah sehinggakan dia
sanggup dipecat oleh parti. Itulah pengorbaqn dan ikrar Johan. Dia
melakukan itu tanpa mendapat apa-apa bayaran dan imbuhan dari sesiapa
termasuk Ibrahim, katanya. Setakat ini Inchek Ibrahim membalas jasa baik
Johan dengan merayu kepada Umno agar jangan ambil tindakan apa-apa.
Bila Ibrahim jadi tukang rayu fahamlah apakah jenis kong kalikongnya.
Orang PAS kena sedar perkara ini. Mereka kena menjadikana nawaitu Johan
itu sebagai cabaran. Apabila Johan beriya hendak mematikan legasi Nik
Aziz, orang PAS perlu berkerja lebih keras demi memastikan Nik Abduh
menang.
Kalau Johan telah istyhar nak sekat legasi Nik Aziz maka PAS juga perlu
istyhar dan bersumpah mempertahankan Nik Aziz dengan memenangkan Nik
Abduh dengan apa cara sekali pun. PAS Pasir Mas perlu berbuat sesuatu
untuk memastikan kemenangan Nik Abduh.Kekalahan Abduh kekalahan untuk
semua dan memalukan Nik Aziz juga.
Nik Abduh orang baru, tokoh muda yang belum banyak jasa berbanding
dengan Ibrahim. Nik Abduh sendiri tidak tahu bagaimana dia hendak
meletakkan dirinya dalam politik. Dia sendiri tidak berjumpa dengan
keistimewaan yang ada kepadanya. Dia juga seorang yang 'senyit'. Molikul
dalam dirinya perlu diaktifkan sedikit.
PAS kena cari sesuatu daripada Nik Abduh untuk diperkenalkan kepada
rakyat. PAS kena korek apakah kehebatan dan rahsia yang ada kepada Nik
Abduh dan apakah yang beliau boleh bawa selepas ini. Nik Abduh tidak
boleh pergi dengan membawa bodi ayahnya sahaja, tidak cukup.
Yang hantar Nik Abduh ke Pasir Mas, ialah orang Pengkalan Chepa. Nik
Abduh sebahagian kerabat orang Pengkalan Chepa. Jadi orang Pengkalan
Chepa kena lebih bertanggungjawab atas kemenangan dan keselamatan diri
Nik Abduh. Jangan selepas hantar Nik Abduh di Pasir Mas orang Pengkalan
Chepa diam membisu, meriba tangan. Penghantaran Nik Abduh ke Pasir Mas
bukan umpama menghantar anak kita ke rumah mertuanya.
Saya nampak PAS kawasan lain termasuk Pasir Mas juga tidak begitu
memikul Nik Abduh. Setakat ini belum ada apa-apa program khas untuk Nik
Abduh di Pasir Mas. Yang galak membantu Nik Abduh hanya PKR Cabang Pasir
Mas. Dr Wan Suhaimi Wan Daud ketua PKR Pasir Mas, dari hari menama
calon lagi telah menyatakan sokongan dan membantu Nik Abduh.
PAS Pasir Mas tidak boleh berlengah dalam hal ini. Hanifa Ahmad dan
rakan-rakan lain kena atur dan susunkan program untuk Nik Abduh. Jangan
menerima beliau sebagai orang luar dan mengharapkan orang Pengkalan
Chepa datang membantu. Orang Pengkalan Chepa hari ini sibuk bagi
memastikan dia akan dilantik menjadi MB selepas menang (kalau menang)
kelak. Dia berangan-angan dan merancang untuk mengganti Nik Aziz.Proses
pemilihan calon adalah projek untuk menjadi MB.
Sepatutnya semua orang Pengkalan Chepa berpengkalan di Pasir Mas. Kerana
di Pengkalan Chepa tidak perlu dirisaukan sangat. Jagalah Nik Abduh
sebaik mungkin. Pastikan apa yang diingini oleh Johan itu tidak akan
menjadi kenyataan. Kalau Nik Abduh kalah ia memalukan Nik Aziz dan
seluruh orang Pengkalan Chepa khas ketuanya, kerana dialah yang
menghantar dan mempertahankan Nik Abduh di Pasir Mas.
Saya bagi ilham sedikit kepada orang PAS menegenai Abduh ini. Cuba
bawakan isu kedatangan Nik Abduh ke Pasir Mas untuk mengubah landskap
dan calture politik di Pasir Mas. Sudah lama Pasir Mas dihidapi calture atau budaya politik samseng, arrogant dan politik wang. Perdagangan politik dan prinsip di Pasir Mas sangat hebat yang dipelopori Inchek Ibrahim Ali.
Orang Pasir Mas mengenali politik dengan wang ringgit dan bukan nilai
perjuangan segonti. Jadi Nik Abduh boleh diuar-uarkan akan
memperbetulkan persepsi ini. Dengan batang tubuh dan keilmuan yang
beliau ada, kejernihan minda politiknya... Nik Abduh boleh menukar
budaya berkenaan. Hasil peloporan itu, budaya tidak bermoral itu bukan
saja di dalam Umno tetapi masyarakat Pasir Mas termasuk juga orang PAS
terleset sama dengan budaya itu. Perkembangan ini membimbangkan untuk
kesihatan politik Pasir Mas, khasnya dari golongan pertenghan ke bawah.
Jadi cuba nukilkan yang Abduh adalah juga seorang 'Ahmad al Fateh' kecil
yang akan menakluki Pasir Mas dan akan cuba meniupkan semangat
perjuangan Islam serta melakukan penghapusan budaya korupsi, samseng,
perdagangan politik dan prinsip. Kalau Husam Musa ada idea untuk
menobatkan dia sebagai Ahmad al Fateh yang akan membuka pintu kota
Putrajaya, kenapa tidak Nik Abduh untuk Pasir Mas? Pasir Mas memelukan
strategis untuk itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan