Selasa, 9 April 2013

Papa Gomo mahu cabar Anwar di Permatang Pauh


Wartawan Sinar Harian
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pemblog kontroversi Papa Gomo mahu mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perkara itu diumumkan oleh wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik hari ini, demikian menurut Star Online.

Mohamad Rafi, Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar.

"Selepas bercakap dengan pelbagai kumpulan dan banyak pihak, saya mahu mendedahkan kesemua salah laku kepada pengundi di kawasannya.

"Kami juga mahu menamatkan kerjaya politik beliau," kata Mohamad Rafi bagi pihak Papa Gomo pada sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini.

Jumaat lalu, Anwar mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Sementara itu dipetik Bernama, Mohamad Rafi berkata Papa Gomo sedia bertanding di mana-mana kawasan yang akan ditandingi Anwar.

Identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti, katanya.

Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang.

Tiada ulasan: