KL TODAY
TANJONG
KARANG – Calon Pas bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, Mohamad
Rashdi Deraman membidas taktik parti lawan yang berkempen menggunakan
sentimen kenegerian dalam usaha untuk meraih undian rakyat di kawasan
ini.
Timbalan
Yang Dipertua Pas Tanjong Karang itu berkata, pihaknya mempersoalkan
tindakan calon parti lawan yang gemar memainkan isu kenegerian
semata-mata mahu menarik sokongan daripada rakyat.
“Sepatutnya
sebagai seorang yang profesional, kita perlu berkempen dengan
menggunakan hujah dan fakta supaya rakyat dapat menilai kualiti
kepimpinan yang ada dalam diri seseorang calon.
“Memang
diakui saya anak kelahiran Machang Kelantan, tetapi saya sudah
mendirikan rumah tangga dengan anak jati Tanjong Karang sejak tahun
1987 iaitu kira-kira 26 tahun yang lalu dan menetap di Tanjong Karang
sejak daripada tahun 1990.
“Saya juga
sudah menetap di Tanjong Karang sejak 23 tahun lalu dan menjadi
pendidik juga di Tanjong Karang bahkan jiwa saya merasai denyut nadi
rakyat kawasan ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,”
katanya dalam siri ceramahnya di Parit Serong, di sini.
Mohamad
Rashdi berkata, jika mereka membangkitkan soal kenegerian, boleh
dipersoalkan juga penyandang kerusi Parlimen itu sendiri berasal dari
mana dan adakah keturunannya berasal dari Tanjong Karang.
“Semua
rakyat tahu keluarganya adalah berasal dari Pulau Pinang yang merantau
ke Tanjong Karang dan menetap di sini, jadi tidak timbul soal sama ada
anak kelahiran Tanjong Karang atau sebaliknya.
“Apa yang
penting adalah sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab untuk membantu
rakyat,” katanya yang turut merujuk perjuangan Nabi Muhammad SAW yang
dilahirkan di Kota Makkah tetapi berhijrah ke Madinah dan dilantik
sebagai ketua negara di Madinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan