GERIK : Meskipun berhadapan dengan pemimpin tertinggi Umno-BN di Padang Rengas, calon PKR Dr Meor Ahmad Isharra Ishak yakin semangat dan kebangkitan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat akan membantunya dalam pertandingan kerusi parlimen itu.
Dr Meor Ahmad berkata kempen untuk memecah kubu Umno-BN itu telah dimulakan satu setengah tahun dahulu dengan penubuhan bilik gerakan pilihanraya di kawasan itu.
“Kami yakin sebenarnya khusus di Parlimen Padang Rengas, kalau kita tengok mood atau pun kebangkitan rakyat sekarang ini bukan sahaja di Padang Rengas.
“Secara keseluruhan di malaysia, kita ambil contoh di himpunan rakyat kelmarin pun mood rakyat sangat baik, jadi dari segi mood ini pun kita yakin rakyat secara amnya mahukan perubahan.
“Kita yakin insyallah, parlimen Padang Rengas akan mampu kita menangi daripada calon barisan nasional,” kata Dr Meor Ahmad yang juga merupakan Ketua AMK Perak.
Dr Meor dijangka akan menentang Ahli Parlimen dua penggal di situ, Datuk Seri Nazri Aziz, yang juga Menteri Di dalam Jabatan Perdana Menteri.
Dalam Pilihanraya lalu, Umno-BN berjaya mendahului majoriti undi sebanyak 8,081 UNDI, untuk mengalahkan calon PKR.
Pencalonan Dr Meor Ahmad diumumkan semalam oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan