Editor buletin
“Bismillahirrahmanirrahim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi…Saya tidak terlibat melakukan rasuah dalam pemberian (skandal) balak,” ujarnya pada Majlis Menandatangani Ikrar Intergriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, pada Isnin 22 April.
Sumpah tersebut merupakan kali ketiga pernah dibuat oleh beliau selama tempoh menjadi Menteri Besar Terengganu dalam beberapa isu ‘panas’ yang melibatkan kepimpinannya satu penggal.
[Gambar - Ahmad Said mengkhianati sumpah jawatannya sebagai Menteri Besar kerana tidak berlaku adil]
Pertama, semasa dituduh terlibat dalam isu pakaian sekolah dan kedua beliau bersumpah menghubungi Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pualau Pinang) dalam isu tempat parkir kereta bertingkat semasa sidiag Dewan Undangan negeri (Dun) Terengganu.
“Terbaru ini, saya dituduh terlibat dengan skandal balak. Sebab itu hari ini, di hadapan tuan-tuan (hadirin) biarlah saya bersumpah,” ujarnya.
Malah katanya, beliau turut bercadang membawa al-Quran semasa berkempen PRU supaya apabila ada ceramah yang menuduhnya, beliau tidak teragak-agak untuk naik ke pentas pembangkang.
“Kalau saya dengar mereka (Pakatan Rakyat) berceramah ada selitkan isu saya terlibat skandal balak, saya akan suruh mereka bersumpah dan saya akan bersumpah sekali.
“Ini merupakan kali ketiga saya bersumpah. Pertama, semasa isu pakaian sekolah. Kedua, isu tempat letak kereta bertingkat dan kali ketiga, hari ini isu skandal balak,” jelasnya.
Pada 28 Februari lalu, PAS bersama beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu membuat satu laporan dan penyerahan dokumen skandal balak kerajaan BN kepada SPRM negeri Terengganu.
Satu sumber memaklumkan, tindakan ke atas suspek kes tersebut ‘terpaksa’ ditangguhkan sehingga selesai pilihan raya 5 Mei nanti.
Selain isu balak, Umno dan BN menerima tekanan sejak hari pertama kempen selepas penamaan calon apabila satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ditandingi oleh calon Bebas yang sebenarnya di kalangan ahli Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Ahmad Said.
Pemilihan calon-calon bagi mewakili BN dalam PRU-13 mencetuskan pelbagai reaksi dikalangan ahli dan pemimpin Umno pertengahan.
Walau pun Ahmad said dilaporkan sukacita, kerana tidak ada bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bertanding sebagai calon bebas, namun tidak dapat memadamkan 'bantahan' dari kalangan petugas Umno.
Kerana mahu mereka yang dekat (kroni) dengan beliau menjadi wakil rakyat, Ahmad Said berkeras dan tidak mempedulikan teguran dari bawah.
Cakap-cakap kedengaran, Umno-BN telah melantik mereka yang sudah 'expired' dan terlibat dengan masalah moral, termasuk penyalahgunaan dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan