Selasa, 2 Jun 2009

Lima anggota JPJ dibuang kerja

SINAR HARIAN ONLINE


MELAKA – Seramai lima daripada sembilan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara, telah dikenakan tindakan buang kerja di atas pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sehingga Mac tahun ini, seramai lima anggota telah dibuang kerja, dan selebihnya dikenakan tindakan tatatertib.

Menurutnya, untuk rekod, sehingga kini dua kakitangan telah ditahan kerja, seorang digantungkan kerja dan seorang lagi diberi notis penyiaran (hilang tanpa dikesan).

“Kesemua mereka terdiri daripada Pembantu dan Penolong Pegawai Penguat kuasa JPJ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Asas dan Induksi Pembantu Penguatkuasa Gred N17, JPJ Malaysia, di Dewan MITC, di sini, semalam.

Solah berkata, terdapat tiga kategori kesalahan yang dilakukan, sehingga mereka dikenakan tindakan, termasuk salah guna kuasa, menjalankan tugas tidak mengikut peraturan dan tidak hadir kerja.

Katanya, melalui Pasukan Petugas Integriti yang ditubuhkan Oktober 2008 ini, semua kakitangan yang bermasalah akan disiasat dan orang yang disyaki akan dipanggil untuk memberi keterangan mengikut laporan yang diterima.

Terdahulu, seramai 17 kakitangan telah dibuang kerja sepanjang 2998, empat ditahan kerja, tiga diberi amaran, satu digantung kerja dan seorang ditahan gaji.

Kesemua individu terbabit yang juga berada dalam kelompok kesalahan yang sama direkodkan pada tahun ini.

Tiada ulasan: