Selasa, 14 Oktober 2008

Lokasi ternak babi belum muktamad

Bernama


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneruskan projek ternakan babi berintegasi tinggi yang dijangka dimulakan hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari berkata bagaimanapun lokasi muktamad projek berkenaan masih dalam kajian.

Beliau berkata lokasi projek itu yang pada awalnya dicadangkan di Kampung Tumbuk Sepang dekat sini akan dikaji semula kesesuaiannya selepas mendapat bantahan ramai.

“Di Selangor kita ada banyak kawasan cuma kena kaji kesesuaiannya. Kalau ada protes daripada penduduk nak kena pertimbangkan (lokasi lain) pula dan kemudian kena tengok kesesuaian tempat yang lain. Kita serah kepada jawatankuasa teknikal untuk kaji balik kesesuaian lokasi itu.

“Kita kaji semua kerana banyak lagi perkara (belum diselesaikan) dan soal penternak pun tak selesai lagi. Kita harap seluruh kajian akan selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Datuk Zulkifli Mohamad berhubung usaha membangunkan ladang ternakan babi itu, di pejabatnya di sini hari ini.

Tiada ulasan: