Ahad, 1 Mac 2020

Tian Chua ditampar, disimbah air dan diherdik 'pengkhianat'

Hasimi Muhamad, Astro Awani
Tian Chua ditampar, disimbah air dan diherdik 'pengkhianat'
Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua lebih berpihak kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto ihsan Pembaca Astro AWANI
 
 
KURANG lima jam selepas pelantikan Perdana Menteri kelapan, satu insiden tidak dijangka berlaku membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit yang sedang tukar ketika ini itu, Tian Chua diliha
 
ibu pejabat di Petaling Jaya.

Dalam insiden mencemaskan itu, Tian Chua turut ditolak selain ditampar pada bahagian kepala.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ahli Parlimen Batu itu dilihat disimbah dengan air dan dibaling dengan botol ketika cuba dibawa memasuki sebuah kenderaan.
 
Kumpulan tersebut turut kedengaran menjerit  “pengkhianat” kepada Tian Chua.

BACA: Beri peluang kepada Muhyiddin - KM Sarawak
BACA: Perjuangan kami selama seminggu berjaya - Azmin Ali
BACA: 'Episod awan hitam telah berlalu' - Ahmad Zahid

Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua didakwa lebih berpihak kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, punca sebenar insiden masih belum dapat disahkan setakat ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Namun, Afif dan Mohd Razlan dipercayai diasak dan dicemuh ketika mereka cuba meninggalkan premis berkenaan pada Ahad. 
 
 
 

Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu, Marzuki jangan kelirukan ahli

Muhammad Azizul Osman
MGF010320_KEDIAMAN-MUHYIDDIN04
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (kiri) sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Tindakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibidas kerana didakwa mengelirukan orang ramai.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof berkata, tindakan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad masih ‘berkuasa’ dalam parti tidak boleh diterima.

Apa yang sebenarnya, kata Mohd. Redzuan, peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti baru-baru ini menjadikan bekas perdana menteri itu bukan lagi ‘berkuasa’ seperti dahulu.

Ini kerana sekiranya mahu dilantik semula menjadi pengerusi, cadangan itu perlu diluluskan oleh mesyuarat agung Bersatu mengikut peraturan parti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pagi ini.

Menurut Mohd. Redzuan, buat masa ini, Muhyiddin sebagai presiden dan beliau paling layak memangku jawatan pengerusi parti.

“Apa yang setiausaha agung (Mardzuki) buat hari ini melanggar peraturan dan saya nasihat supaya dia berhenti buat kenyataan mengelirukan ahli dan rakyat,” ujarnya lagi.

Beliau juga mencadangkan supaya Mardzuki dipecat dari parti dan pucuk pimpinan perlu melantik penggantinya segera supaya ia dapat meredakan keadaan.

Mohd. Redzuan juga yakin majoriti ahli parti masih bersama Muhyiddin.

Apa yang penting, pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri akan mematikan segala krisis politik yang melanda negara baru-baru ini dan waktu yang tepat bagi merapatkan saf kepimpinan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Dr Mahathir ada kuasa mutlak dalam Bersatu – Marzuki

PM ke-8: Akurlah keputusan Agong

siti hafidah

 

Kalau tak puas hati buat undi tidak percaya di Dewan Rakyat


BANGI – Pemimpin politik negara ini dinasihatkan untuk tidak menjadi penderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya kerana gilakan kuasa serta jawatan.

Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, semua pihak harus bersyukur kerana adanya raja, keadaan negara sentiasa tenang dan damai.

“Kalau harapkan pemimpin-pemimpin politik sahaja, mungkin akan sampai tahap sehingga pergolakan yang besar berlaku.

“Jadi, terimalah keputusan Agong ini dengan redha. Paling lama pun tunggulah selama tiga tahun sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kalau Parlimen tidak dibubarkan dalam masa terdekat sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemelut kepimpinan politik yang melanda negara ini selama seminggu dilihat menghampiri titik noktahnya apabila Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai perdana menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Haji Aminuddin menegaskan, supaya pemimpin politik belajar untuk menerima dan akur titah baginda serta bertindak dengan bijak dan cermat.

Katanya, rakyat sudah tidak mahu melihat siri-siri drama kemelut politik yang semakin hari semakin membosankan dan memualkan.

“Cukup-cukuplah. Kalau tidak berpuas hati juga, tunggulah sidang Parlimen nanti dan buatlah undi tidak percaya. Ataupun perdana menteri selepas itu boleh bubarkan Parlimen dan buat pilihan raya,” kata beliau.


Muhyiddin bukan PM sebenar: Tun M

azrul hakimie

 

Dakwa Presiden Bersatu itu tidak dapat sokongan majoriti Parlimen


KUALA LUMPUR – Tidak sampai dua jam sebelum majlis angkat sumpah Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah PM yang sebenar kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Dr Mahathir, Perdana Menteri Interim memberitahu persidangan akhbar bahawa sebaliknya beliau mendapat sokongan majoriti daripada 114 Ahli Parlimen, hasil daripada gabungan Pakatan Harapan, Warisan dan beberapa Anggota Parlimen bebas, sesetengahnya daripada parti beliau sendiri, Bersatu.

“Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu,” katanya pada persidangan akhbar yang diadakan di Yayasan Albukhary di sini.-Bernama


Perebutan kuasa rosakkan jiwa muslim

Dr Ahmad Sanusi Azmi

 

Utamakan maslahah rakyat dalam menunaikan amanah



DULU ada seorang ahli politik pernah berkata: “Mahathir bapak perompak negara!” Kemudian hari ini mereka berpelukan, bekerjasama dan menyanjungnya semula. Dulu ada ahli politik mengherdik: “UMNO penyamun!” Tidak mustahil, nanti mereka menyanjungnya semula.

2. Ketahuilah kegilaan manusia kepada kuasa merosakkan hati mereka. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير


“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini:

قيل لأبي داود السجستاني: ما الشهوة الخفية؟ قال: حب الرئاسة.


“Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyi ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa.

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة


“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

5. Bahkan Rasulullah ﷺ pernah menegaskan bahawa kuasa ini boleh menyebabkan seorang muslim menjadi hina di hadapan Allah di hari akhirat:


 إنها أمانة، وإنها يوم القيامة خزي وندامة، إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها


“Sesungguhnya kuasa jawatan ini adalah amanah, dan ia di hari kiamat adalah kehinaan (buat mereka yang gagalnya menunaikan amanah). Melainkan buat mereka yang menunaikan amanah dengan baik dan menyempurnakan hak-haknya.” (HR Muslim)

6. Kecintaan manusia terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat.

7. Pesanan saya buat ahli politik muslim, utamakanlah maslahah rakyat dalam menunaikan amanah ini. Janganlah pergelutan kalian menjadikan kalian hina di dunia dan akhirat. Dipandang rendah di sisi manusia, menjadi hina pula di sisi Allah diakhirat kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi - Universiti Sains Islam Malaysia

Lantikan PM ke-8 sah

siti hafidah

 

Kerajaan baharu mungkin berdepan cabaran laksana tanggungjawab


BANGI, – Lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri adalah sah, justeru tidak timbul isu mana-mana pihak memperolehi majoriti, kata Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) itu berpandangan, kerajaan yang bakal dibentuk mungkin sukar menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya jangkakan sidang Parlimen 9 Mac akan ditangguh kerana jemaah menteri masih belum dapat dibentuk dan berfungsi sepenuhnya. Ini bagi memberi masa untuk kerajaan bersiap sedia, perkenan penangguhan perlu diperolehi dari Yang di-Pertuan Agong.

“Seperkara lagi di Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mungkin akan menghadapi undi tidak percaya. Dalam keadaan Speaker dan seorang Timbalan Speaker dari kalangan orang Pakatan Harapan (PH), perdana menteri mungkin sukar mengawal perjalanan urusan sidang Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainul Rijal menegaskan bahawa rakyat mahu kemelut politik ini diselesaikan berikutan pembangunan negara sudah lama diabaikan.

“Orang Cina kata tahun 2020 ini adalah tahun tikus, saya kata 2020 adalah tahun politikus,” kata beliau.

Malaysia hari ini menyaksikan Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, tidak sampai dua jam sebelum majlis angkat sumpah perdana menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, bahawa Muhyiddin bukanlah perdana menteri yang sebenar kerana tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Dr Mahathir memberitahu beliau mendapat sokongan majoriti dari 114 Ahli Parlimen, hasil daripada gabungan PH, Warisan dan beberapa Anggota Parlimen bebas, sesetengahnya daripada parti beliau sendiri, Bersatu.

“Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu,” katanya.


Pemilihan PM ke-8 bukan terburu-buru

ainulillia 

 

Agong telah melaksanakan semua proses dengan teliti


BANGI – Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai perdana menteri kelapan bukan satu keputusan yang dibuat secara terburu-buru.

Sebaliknya, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Anuar Shah Bali Mahomed menegaskan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Katanya, Agong telah pun memanggil kesemua Ahli Parlimen menghadap baginda dan setiap dari mereka diperuntukkan antara dua hingga tiga minit untuk menyatakan pandangan masing-masing, sepanjang proses temu bual berlangsung.

Baginda juga berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu, selaras Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kronologi itu sendiri menunjukkan bahawa proses memilih perdana menteri ini bukan dilakukan secara terburu-buru. Agong mengambil kira semua suara. 

“Proses itu melibatkan masa seminggu, saya kira banyak juga masa yang tuanku luangkan untuk perkara ini, termasuk memanggil Majlis Raja-raja. Semua proses telah dilaksanakan oleh Agong. 

“Pada hemat saya, semua pihak perlu menerima keputusan ini selepas semua proses dilaksanakan,” katanya dalam program Pertiwi Eksklusif PM ke-8, yang disiarkan di TV Pertiwi, hari ini.

Dalam satu kenyataan media, semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon perdana menteri kepada Agong.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara,” memetik kenyataan itu.

Sebentar tadi,  Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah pun selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, di Istana Negara yang sekali gus menamatkan kemelut politik melanda negara sejak 22 Februari lalu.


MP Bukit Gantang, MP Sri Aman nafi sokong Dr M

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan menyokong Dr Mahathir Mohamad.

"Saya menafikannya," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa dia tidak pernah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong perdana menteri sementara itu.

Sebaliknya dia berkata, beliau telah menandatangani SD yang menyokong Muhyiddin Yassin.

Beliau turut memberikan gambarnya yang menyampaikan SD kepada Muhyiddin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, gambar itu diambil pagi ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat (atas) tampil sebagai ahli parlimen kedua menafikan menyokong Mahathir.

"Saya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri," kata Masir.

Ini membawa jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Mahathir hingga 113.

Senarai asal yang dikongsi Mahathir sebelum ini, yang menyebut jumlahnya sebagai 114, tertinggal nama ahli Parlimen Hulu Selangor dari PKR, June Leow.

Senarai itu diperbetulkan pada jam 11.49 malam.

Mahathir berharap Agong akan dapat menerima surat yang disediakannya untuk menjelaskan sokongan terhadapnya.

Muhyiddin dijangka angkat sumpah pada jam 10.30 pagi esok ( Ahad ).


Dr M: Agong tak jumpa saya, yang kalah tubuh k'jaan

HARIZ MOHD
Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat perkenan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menunjukkan jumlah ahli parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

Pada sidang media pagi ini, Mahathir memberitahu bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

"Agong telah membuat keputusan untuk tidak berjumpa saya lagi tetapi untuk melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri jadi saya tidak mempunyai peluang untuk memberitahu Agong bahawa dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti. Itu sahaja. Saya tidak boleh berkomunikasi dengan istana [...] "katanya.

Justeru katanya, majlis angkat sumpah di Istana Negara jam 10.30 pagi ini menyaksikan seorang anggota parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan.

“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.

“Ini satu situasi yang pelik,” kata Mahathir kepada pemberita di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur.

Menurut pengerusi Bersatu, beliau mempunyai sokongan 114 ahli parlimen.

Angka 112 itu merupakan majoriti mudah di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 jumlah wakil rakyat.

Muhyiddin rasmi jadi perdana menteri ke-8

BERNAMA




Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.- Bernama