Harga runcit petrol nampaknya akan kekal sehingga Jumaat ini apabila
kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan semula penetapan
harga minyak mingguan, yang sepatutnya bermula 1 Januari 2019.
Sistem
apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit
petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.
Menteri
Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia bagi membincangkan bantahan oleh
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berhubung langkah itu
dan harga baru akan ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.
"Kerajaan
berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara
mingguan agar pengguna menikmati perubahan harga dengan lebih cepat
selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia.
"Bagaimanapun
kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Stesen
Minyak Malaysia (PDAM) yang membantah langkah itu dan meminta kadar
margin pengusaha setesen yang menjadi salah satu komponen bawah
mekanisme harga automatik (APM) yang digunakan untuk menetapkan harga
runcit produk petroleum," katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya lagi, jemaah menteri akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat pada 2 Januari ini.
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga akan bertemu PDAM dalam masa terdekat," katanya lagi.
Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).
Pada
24 Disember lalu, Lim mengumumkan kerajaan akan kembali melaksanakan
dasar penetapan harga secara mingguan bagi memberi kelebihan kepada
pengguna di saat harga minyak mentah global menurun.
Ia mendorong
PDAM untuk menggesa kerajaan menaikkan kadar komisen bagi jualan bahan
api bagi menampung kos operasi yang dijangka meningkat berikutan
pelaksanaan semula dasar itu.
Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan
komited dengan penggunaan subsidi bagi membolehkan harga RON95 tidak
melebihi RM2.20 seliter.
"Apabila
harga minyak global turun, harga runcit produk petroleum juga akn
diturunkan. Namun apabila harga minyak global naik, ia akan dikekalkan
pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter.
"Pengekalan harga pada
paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subisi bersasar untuk RON95
pada pertengahan 2019," katanya lagi.
Sebuah NGO yang baru didaftarkan yang dinamakan Pertahankan Hak
Perokok memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar larangan
merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa esok.
Tujuh
anggota pro-tem Pertahankan Hak Perokok - Mohd Hanizam Yunus, Mohd
Laisani Abdullah dan lima lagi - menamakan Kementerian Kesihatan sebagai
responden.
Semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Tetuan Haniff Khatri hari ini.
Mereka memohon mahkamah membatalkan larangan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tersebut.
Mereka
juga mahu mahkamah mengisytiharkan larangan itu bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan, serta perintah larangan terhadap Kementerian
Kesihatan untuk menguatkuasakannya.
Selain itu, mereka juga
memohon mahkamah mengeluarkan perintah penggantungan terhadap
penguatkuasaan larangan itu sehingga semakan kehakiman mereka didengar
dan diputuskan oleh mahkamah.
Pertahankan Hak Perokok menyatakan
asas bagi permohonan mereka antaranya adalah ia bertentangan dengan
Perlembagaan memandangkan merokok bukan jenayah, dan mempunyai hak sama
rata dengan golongan yang tidak merokok.
"Rakyat Malaysia yang
merokok akan secara konstruktifnya diketepikan dan/atau
didiskriminasikan daripada berkunjung dan/atau menikmati kemudahan
premis makan dan menghabiskan masa mereka di sana kerana larangan
tersebut," menurut permohonan itu.
Mereka juga mendakwa
larangan itu tidak munasabah dan tidak adil kerana kerajaan sendiri
tidak mengharamkan kegiatan itu dan mengutip cukai yang tinggi hasil
jualan rokok.
Selain itu, mereka juga berkata kerajaan tidak
memperuntukkan alternatif lain seperti kebenaran terhadap pengusaha
premis makanan menggunakan budi bicara untuk menyediakan kawasan khas
merokok di premis mereka.
Pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap
kepada media pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan beliau mungkin
tidak menjadi Perdana Menteri selama dua tahun seperti yang dipersetujui
dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tempoh
peralihan mungkin dipendekkan bergantung kepada keadaan kesihatannya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak pernah berbincang dengan Anwar
yang juga Presiden PKR berkaitan tempoh itu ketika mereka bertemu
baru-baru ini.
“Saya tidak kecewa (tempoh pendek), saya janji kena tunaikan. Ada
yang fikir terlalu pendek dan mereka berhak beri pandangan itu. Mungkin
satu tahun saya tidak tahu, semua tak mustahil.
“Kalau rakyat hendak lama, saya kena jaga kesihatan saya sama kerana saya sudah tua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas berakhir Perhimpunan
Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini
petang tadi.
Beliau ditanya sama ada kecewa kerana membuat perjanjian awal untuk
menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun sahaja dan rakyat masih
mengharapkan beliau memegang jawatan itu lebih lama.
Ditanya pergeseran yang melanda PKR melibatkan Anwar dan timbalannya,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dlihat berbeza pendapat, Mahathir
enggan masuk campur dalam hal dalam parti komponen PH itu. –
MalaysiaGazette
Naib
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman memberi ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman menyifatkan gesaan perwakilan membantah
kerajaan memberikan jawatan dan kontrak sebagai satu pandangan yang
bodoh.
Beliau berkata, langkah yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu hingga
Pakatan Harapan mencapai kemenangan pada pilihan raya umum lalu bukan
dilakukan dengan usaha yang mudah.
Disebabkan itu, tidak wajar ketua-ketua bahagian ditinggalkan begitu sahaja selepas kemenangan dicapai tanpa mendapat apa-apa.
“Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook, dengan apa cara sekalipun kita kena menang.
“Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan
kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.
“Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab perdana menteri
bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Jangan
cakap sombong. Ini pandangan yang stupid, bodoh,” katanya.
Ab. Rashid mengeluarkan kata-kata itu selepas Ketua Armada Bersatu,
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan yang membuat
gesaan itu.
Syed Saddiq yang berang dengan perkara itu menagkui terpaksa lari
dari teks ucapan asalnya kerana mahu memberikan teguran tersebut.
Beliau merasa tidak selesa mendengar beberapa perwakilan yang
bercakap isu jawatan dan kontrak semasa menggunakan pentas ketika
perbahasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ab Rashid yang juga pengerusi Jawatankuasa Reformasi
Pilihan Raya (JRPR) berkata, beliau juga suatu ketika dulu tidak suka
melakukan apa yang patut dilakukan.
“Tetapi sekarang saya dalam kandang politik, kita patut buat apa yang patut dibuat.
“Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi
membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan,”
ujarnya.
Selain jawatan dan kontrak, Ab Rashid juga menggesa kerajaan
mengembalikan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk
melaksanakan projek persekutuan di negeri pembangkang.
“Saya harap di Kelantan dan Terengganu mesti dikembalikan semula JPP.
“Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke
JPP dan ketua-ketua bahagian mesti mendapat faedah daripadanya,” tambah
beliau. -MalaysiaGazette
Ketua
Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin bercakap pada sesi sidang
media pada Perhimpunan Agung Tahunan kali kedua Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
Putrajaya. foto AFFAN FAUZI
PUTRAJAYA – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengecam cadangan
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ab Rashid Ab
Rahman berhubung pemberian jawatan dan kontrak projek kepada ketua
bahagian dan ketua cawangan parti daripada kerajaan.
Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin menegaskan, laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat
sekiranya perkara itu berlaku dalam Bersatu.
Sambil menolak keras kenyataan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) itu, Ulya menjelaskan, tindakan seterusnya akan diserah
kepada badan bebas itu untuk menjalankan siasatan.
“Pemberian projek dan kontrak mestilah mengikut kelayakan, tetapi jika tidak ikut prosedur, Armada menentang habis-habisan.
“Malah kami menolak pemberian projek kerajaan untuk membiayai
perjalanan parti, sedangkan kita ada cara lain untuk berbuat demikian,”
katanya pada sidang media selepas ucapan penangguhan Perhimpunan Agung
Tahunan Bersatu di sini hari ini.
Terdahulu , Ab Rashid ketika ucapan penggulungan mencadangkan ketua
bahagian dan ketua cawangan mesti memperoleh lebih wang menerusi
pemberian projek kerajaan.
Menurutnya, langkah tersebut sebagai mengenang usaha ketua-ketua
bahagian dan cawangan yang bersusah payah sehingga Pakatan Harapan
mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Malah, Ab Rashid turut menyifatkan sebagai ‘bodoh’ kepada perwakilan yang cuba membantah cadangan itu. – MalaysiaGazette
ULASAN | Selaku Presiden Bersatu,
Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diberikan ruang berucap semasa perasmian
Perhimpunan Agung Armada dan Srikandi Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) semalam.
Tidak banyak yang beliau sentuh dan utarakan.
Pertama, beliau memperuntukkan masa yang lama menjelaskan panjang lebar
tentang pandangannya terhadap Umno.
Beliau menyentuh, antara lain,
kerjasama Umno dan PAS dan kenapa orang Melayu harus menolaknya. Sangat
terang lagi bersuluh bahawa Umno sangat menghantui Tan Sri Muhyiddin
dan Bersatu.
Sebagai Presiden Bersatu, beliau sepatutnya
memberikan pedoman kepada pergerakan pemuda dan wanita tentang bagaimana
bangsa Melayu dan Malaysia ini ingin mereka bawa. Lebih-lebih lagi ini
merupakan forum terbaik untuk beliau berhadapan dengan penggerak muda
Bersatu selepas kemenangan dalam PRU-14.
Sebaliknya, perihal Umno
yang dibicarakan dengan serius dan panjang lebar, biarpun Umno berada
pada kedudukan paling susut dalam hayatnya.
Maknanya, jika Umno
yang berada dalam keadaan sekarang pun terus menghantui beliau,
bayangkan jika Umno ini berjaya kita pulihkan sedikit masa lagi.
Barangkali tidak mustahil Bersatu akan terpaksa mengadakan perhimpunan
khas hanya untuk berbicara tentang Umno.
Kedua, Umno menolak
tohmahan beliau bahawa kami menggunakan sentimen perkauman dan agama
untuk meraih sokongan setelah kalah PRU 14.
Umno senantiasa konsisten dalam pendiriannya berkaitan Islam dan bangsa Melayu.
Semua
orang boleh menyemak perkara ini. Tiada pendirian yang berdolak dalih.
Tiada pendekatan yang bertukar-tukar. Agenda Melayu, kedudukan Islam dan
masa depan terbaik untuk Malaysia yang majmuk adalah 3 mantera utama
Umno, dulu kini dan selamanya.
Ancaman liberal dalam PH
Akan
tetapi, kini ada ancaman sistematik yang bertopengkan ‘kebebasan’
terhadap kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Mungkin bukan daripada
Bersatu sendiri, tetapi rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan yang
sangat alah dengan sebarang agenda Bersatu dan Islam.
Jadi,
apabila Bersatu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan membisu dan
menurut sahaja tekanan liberal dalam Pakatan Harapan, Umno sudah pasti
tidak akan membutakan mata sahaja terhadap ancaman-ancaman ini.
Umno
percaya semua ini lambat laun akan meruntuhkan sistem kehidupan dan
norma fabrik masyarakat Melayu, jika tidak dikawal dan disanggah dari
awal. Inilah yang telah dan akan terus Umno lakukan.
Benar,
mungkin ada cara yang kurang berkesan dan tidak lancar. Semua itu harus
diperbaiki dan diperkemas. Namun ancaman-ancaman ini bukanlah sebuah
cerita dongeng.
Masakan sebuah pakatan yang sentiasa berprasangka
buruk antara satu sama lain, dan tidak senada dalam menterjemahkan
Perlembagaan Persekutuan, boleh menjaga hak, keistimewaan dan membela
nasib bangsa Melayu?
Celaru, keliru dan buntu
Umno tidak apologetik dalam pendiriannya terhadap kedudukan Islam dan bangsa Melayu.
Bersatu
yang sangat bercelaru, keliru dan buntu. Mereka sangat tidak konsisten
dalam ideologi mereka. Sekejap mahu menjadi penyelamat Malaysia. Namun
tiada pula dasar konkrit yang parti ini tawarkan. Kemudian mereka adalah
juara kesamarataan. Tetapi berpusing-pusing sekitar keperluan mendesak
dasar afirmatif. Selepas dikritik kerana tidak serius dengan agenda
Bumiputera, kini, mereka adalah pembela agenda Melayu pula.
Sebenarnya
Bersatu dibangunkan tanpa sebarang pasak ideologi. Saya mahu bertanya,
adakah Bersatu malu untuk menyatakan bahawa Melayu masih lagi tuan pada
tanah ini?
Adakah mereka tidak mampu, untuk membawa naratif
Melayu yang lebih progresif dan pada masa yang sama mengakui ketuanan
Melayu di tanahnya sendiri? Namun yang lebih penting, siapakah Melayu
dari kaca mata Bersatu?
Jadi,
mampukah Bersatu mendidik bangsa Melayu untuk menjadi tuan yang amanah
di tanahnya sendiri jika hakikat ketuanan itu sendiri pun sukar untuk
diakui?
Umno telah wujud selama 70 tahun dan semua pemimpin
Bersatu sekarang ini adalah hasil acuan Umno. Sebahagian besar mereka
pernah menjadi sebahagian daripada Umno dan perjuangannya.
Perjuangan
yang selama ini percaya dengan ketuanan Melayu dan hak-hak Melayu.
Jika
Umno tidak sederhana dalam pendiriannya, masakan Umno boleh memastikan
kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia selama kami diberi
amanah selama 6 dekad lepas.
Kerjasama dengan PAS
Ketiga,
Umno tidak pernah mempunyai kerjasama formal dengan PAS. Kerjasama Umno
bersama PAS hanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
kepentingan Islam, bangsa Melayu dan isu yang mempunyai dampak negatif
terhadap negara.
Ini bukan penggabungan. Ia sekadar lambang
kematangan dalam politik. Umno mempamerkan keupayaannya untuk melihat
isu dengan lensa yang lebih besar berbanding hanya berpolitik dalam
semua perkara.
Keempat, Umno adalah pentadbir yang terbukti dan
berjasa. Sepanjang kewujudannya, Umno membuahkan pelbagai kebaikan
kepada bangsa Melayu dan Malaysia.
Jutaan
kelas menengah Melayu telah wujud melalui keringat Umno. Malaysia yang
moden dan progresif ini, dibidani kelahirannya oleh Umno. Semua pemimpin
Bersatu, pernah memimpin Umno di pelbagai peringkat. Tan Sri Muhyiddin
sendiri pun, tidak akan sampai ke tahap ini jika bukan melalui Umno.
Umno
mengakui beberapa pemimpinnya sedang melalui proses undang-undang.
Menghukum Umno hanya kerana ini bukan sahaja tidak adil malah tidak
matang dan tidak wajar.
Kelima, adalah lebih elok untuk Umno
mendahulukan kerjasama strategik bersama PAS dalam hal-hal tertentu,
daripada menjadi sahabat kepada DAP seperti Bersatu.
Ketika Tan
Sri Muhyiddin memperlekeh kerjasama PAS bersama Umno, beliau sangat
sedar dan akur, betapa sukarnya untuk beliau memperjuangkan kepentingan
Melayu dan Islam di dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Agenda Melayu dan Islam
Bersatu
bukan sahaja dilihat oleh parti-parti lain sebagai pemain kerdil yang
hanya menunggu masa untuk lenyap. Malah, agenda Melayu dan Islam adalah
perkara yang mereka rasakan mesti ditentang.
Saya akui, kerjasama
Umno dan PAS, bukan sahaja tidak formal, malah yang demikian itu bukan
juga satu formula politik yang terbaik. Tetapi sekurang-kurangnya,
kerjasama ini dapat membawa suara keresahan orang Melayu yang sudah lama
terpendam sepanjang tempoh pentadbiran Malaysia Baharu ini.
Bukan
sahaja keresahan ini semakin mendalam dan melebar. Lebih malang,
Bersatu dengan liciknya berhasrat mengukuhkan kedudukan dengan cara
paling tidak bermoral – iaitu meraih dan merai lompatan ahli Parlimen
dan anggota Umno untuk memperkuatkannya.
Tetapi, seperti yang
saya tegaskan sebelum ini, ia adalah strategi yang akan membinasakan
Bersatu sendiri kerana kami amat arif siapa mereka yang melompat-lompat
ini.
Sedarlah, jalan parti ini masih jauh. Pemimpin
berpengalamannya semakin dimamah usia dan sibuk bergelut dengan bekas
seteru politik mereka yang kini terpaksa duduk semeja dan senyum
bersama.
Pemimpin
mudanya pula tidak berhaluan dan saban hari menimbulkan rasa mual orang
Melayu acapkali mereka bersuara. Yang paling penting, akar umbinya
masih tidak merasai apa signifikannya parti itu dalam kehidupan mereka.
Bersatu
belum membuktikan apa-apa kepada orang Melayu dan Malaysia, selain
menumpang tuah Pakatan Harapan dalam menumbangkan Barisan Nasional, yang
kini semakin lapuk untuk menjadi modal jajaan seluruh kampung.
Sesungguhnya, parti anda akan diuji keras atas apa yang anda kata dan laung-laungkan. Semoga Tuhan memberi kekuatan.
*MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan pernah menjadi menteri besar Johor.
ULASAN | Seorang kawan saya berbangsa Cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya
menyatakan, andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu
dalam seni perang, kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali.
Antara
hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang,
iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh.
Demikian juga kelebihan pada politik Azmin.
Semasa Khalid Ibrahim
menjadi menteri besar, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap
pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin.
Tetapi, pada
masa itu, orang tidak ambil peduli sangat. Akhirnya, yang berkempen
untuk jatuhkan Khalid adalah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution.
Lebih
menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai menteri besar
Selangor selepas kejatuhan Khalid, tetapi yang jadi menteri besar adalah
Azmin.
Rafizi dan Saifuddin pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid.
'Kebijaksanaan Azmin'
Kebijaksanaan
politik cara Azmin lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan
diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau,
selain bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.
Kalau
kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah
testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal.
Demikian juga, kebijaksanaan Azmin dalam testimonial politik, iaitu
beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia
dengan Anwar.
Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.
Bukan
sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi menteri hal ehwal
ekonomi, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan
berbanding Anwar.
Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.
Kebijaksanaan
Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai
untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam
diri. Ini berbeza dengan Anwar dan Rafizi.
Sebab itu, semasa
pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam.
Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa
Rafizi kelihatan seperti meroyan.
Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.
'Anak Ibrahim seterusnya'
Selepas
beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau
nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".
Yang
lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim -
Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini
adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat
halus dalam menyindir.
Azmin tak akan mahu musuh beliau dari
kalangan orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau
nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa
tertinggi PKR.
Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi
sebenarnya, beliau tak mahu masa beliau terbuang dalam agenda
melaksanakan apa yang beliau mahu.
Semasa pemilihan PKR berlaku,
beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan
politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus
kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar.
Dalam jangka masa
yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR.
Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan
pengaruh Anwar dalam PKR.
Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar.
Dengan bantahan beliau semalam, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.
Anwar
kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim
(Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu
lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar.
Di atas
kertas, calon perdana menteri adalah Anwar. Tetapi dari sudut
perancangan tersusun, Azmin adalah perdana menteri Malaysia selepas
Mahathir.
Sebelum ini, perdana menteri yang paling lama adalah
Mahathir, iaitu semasa menjadi perdana menteri keempat.. Selepas ini, PM
yang paling lama adalah Azmin. Kalau Anwar nak selamat, dia lawan Azmin itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar.
Sebelum
ini, saya tulis berkenaan PKR, pasti akan ada pemimpin PKR pesan kepada
saya yang saya terlalu baru dalam PKR. Jadi tak layak tulis berkenaan
PKR. Saya harap, dengan tulisan ini, tidak ada pemimpin PKR yang pesan macam itu pada saya lagi.
*WAN JI WAN HUSSIN merupakan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre.
Berucap di pentas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang
diadakan di Putrajaya hari ini, Ketua Pemuda Parti Bersatu Malaysia
(Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa lari dari teks
ucapan asalnya.
Ini demikian kerana beliau tidak selesa mendengar beberapa perwakilan yang bercakap isu jawatan dan kontrak.
Syed
Saddiq tidak menyebut perwakilan-perwakilan yang dimaksudkan, namun
secara spesifik menyebut perwakilan Wilayah Persekutuan yang menurutnya
membangkitkan isu kontrak.
"Saya nak tegur sebagai anak
muda. Perwakilan Wilayah tadi. Sampai berani nak namakan menteri yang
menjanjikan (kontrak). Tak masuk akal!
"Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh!
"Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok (perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah.
"Tengok
Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum.
Mana maruah kita?" katanya dengan suara yang lantang disambut tepukan
beberapa hadirin.
Tambah Syed Saddiq, perwakilan berkenaan merupakan "orang sama" yang menuduhnya sebagai tidak cukup Melayu.
"Orang
sama yang kata saya tak Melayu sangat, tidak memperjuangkan ketuanan
Melayu, sanggup bincang tentang kontrak. Kata, bukalah pintu (untuk
kontrak). Masya-Allah," katanya.
Jelas Syed Saddiq, golongan
Melayu yang seharusnya ditolong anak-anak muda Felda yang miskin dan
anak muda yang tidak berpeluang masuk universiti, bukannya orang Melayu
yang sentiasa mahu menjaja kontrak.
Sebelum itu, Syed Saddiq mengajak hadirin mengimbas semula ketika Bersatu mula-mula ditubuhkan.
"Ingat
semula di mana kita pada masa tersebut. Kita tiada jawatan, tiada
harta, tiada kontrak. Yang ada semua dilucutkan dan disekat. Bukan saja
itu, bila nak pakai dewan tak boleh.
"Walaupun Umno ada semua itu,
mereka tetap kecundang di tangan rakyat. Kenapa? Kerana perjuangan kita
perjuangan yang ikhlas," katanya.
Hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang bermula sejak Jumaat lalu.
PUTRAJAYA:
Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan
keanggotaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) mengambil kira pandangan anggota di peringkat akar
umbi dalam membuat keputusan, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri
Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata mendapatkan
maklum balas bahagian terlibat adalah langkah pertama yang dibuat
kepimpinan parti apabila ada wakil rakyat pembangkang menyatakan hasrat
secara tidak rasmi untuk menyertai Bersatu.
“Ada sebahagiannya boleh menerima kerana dia fikir, dia akan mendapat
wakil rakyat dalam bahagian dia walaupun semasa Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) mereka bertelagah kerana mereka datang daripada parti lawan,”
katanya kepada Bernama dalam satu temu bual semasa Perhimpunan Agung
Tahunan (PAT) Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di
sini.
Pada masa sama, Menteri Besar Kedah itu turut mengakui terdapat juga
bahagian yang membantah penerimaan anggota Parlimen atau anggota Dewan
Undangan Negeri (DUN) daripada UMNO berikutan faktor kesalahan yang
dilakukan individu terbabit.
“Walaupun tiada laporan secara rasmi (daripada pihak berkuasa), orang
macam ini tidak boleh diterima kerana bimbang budaya tidak baik dibawa
ke dalam Bersatu,” katanya.
Selain tapisan rekod kesalahan, Mukhriz berkata kepimpinan Bersatu
yang berasal daripada UMNO sepertinya dan Presiden Tan Sri Muhyiddin
Yassin, juga mempunyai lebih keupayaan untuk membuat keputusan kerana
mereka mengenali setiap wakil rakyat terbabit.
“Kita tahu sewaktu dalam UMNO bagaimana tabiat berpolitik mereka,”
katanya sambil menambah jawatankuasa itu akan memastikan penghijrahan
wakil rakyat pembangkang tidak menjejaskan reputasi dan imej Bersatu.
Mukhriz berkata pimpinan Bersatu di peringkat akar umbi juga tidak
perlu bimbang penghijrahan wakil rakyat UMNO akan menutup peluang mereka
untuk terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Untuk penggal selama lima tahun ini, tidak semestinya wakil rakyat
yang berhijrah ke Bersatu akan dijamin menjadi calon pada PRU15,”
katanya.
Tegasnya, wakil rakyat yang berhasrat menyertai Bersatu juga tidak
boleh mengenakan syarat, sebaliknya parti itu yang patut mengenakan
syarat kepada mereka.
Mukhriz berkata wakil rakyat tersebut perlu sedar dan memohon maaf
secara terbuka bahawa parti yang mereka wakili dahulu telah membuat
kesilapan antaranya memberi pelbagai tekanan melalui agensi kerajaan
seperti kepada Bersatu semasa parti itu masih lagi menjadi pembangkang.
“Saya tengok (ada) wakil rakyat yang menyatakan hasrat hendak
melompat ini tidak sedar perkara itu, macam tiada rasa bersalah.
Sebaiknya apabila sudah sedar, mohon maaf secara terbuka bahawa parti
mereka dahulu telah membuat kesilapan dan sekarang (mereka) bersama
Bersatu,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya permohonan maaf seperti itu akan dapat
mengelakkan rasa kurang selesa dalam kalangan anggota Bersatu apabila
menerima kehadiran bekas pemimpin UMNO.
Ditanya mengenai pandangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang
lain mengenai isu itu, Mukhriz berkata beliau telah menjelaskan kepada
Majlis Presiden PH bahawa pihaknya mengambil serius proses tapisan
sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kita tidak terima sebarang orang dan jika ada yang boleh menjejaskan imej PH secara keseluruhannya kita akan tolak,” katanya.
Mukhriz berkata beliau percaya terdapat juga wakil rakyat pembangkang
yang berminat untuk menyertai parti komponen PH yang lain dan
menyifatkan langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kerusi kerajaan dalam
Dewan Rakyat.
“Saya tidak ingat wakil-wakil rakyat PH yang ramai ini boleh
terpengaruh dengan wakil rakyat pembangkang sehingga menjadi barah yang
akan merosakkan kita. Kita tidak lemah sehingga tidak dapat mengawal
keadaan itu,” jelasnya.—Bernama
Adrielle Iman tidak teragak-agak untuk mengambil undang-undang terhadap pihak yang memfitnah beliau.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Adrielle Iman
tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana
pihak yang menyebarkan berita kononnya beliau mempunyai hubungan dengan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga seorang ahli perniagaan kosmetik memuat naik amaran itu di Instagram miliknya hari ini.
“Saya mempunyai maruah. Keluarga saya mempunyai maruah.
“Ramai orang telah menyebarkan khabar angin palsu mengenai saya, tetapi kali ini ia telah melebihi had.
“Saya tidak akan berdiam diri lagi, “kata beliau. Gambar-bambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa PRK Port Dickson.
Adrielle Iman dikatakan individu yang kini rapat dengan Anwar dan
kelibatnya didakwa dilihat sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson,
September lalu.
Sejak kelmarin tular berita yang memuatkan foto-foto beliau bersama Anwar di Port Dickson.
Menjelaskan keadaan, beliau berkata, kehadirannya di Port Dickson
adalah atas kapasitinya sebagai duta jenama Quantum Metal, yang menurut
beliau telah menaja satu majlis di kawasan itu.
“Saya seorang warganegara biasa dan penyokong. Video itu menunjukkan
saya telanjang, DSAI (Anwar) tidak ada di dalamnya, “katanya. Luahan Adrielle Iman mengenai maruahnya yang terjejas akibat penularan berita yang memfitnah dirinya.
Anwar memenangi PRK Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, dan kembali ke Dewan Rakyat selepas lima bulan dibebaskan.
Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. -MalaysiaGazette