Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Setiausaha Kerja Umno yang baru dilantik, Datuk Abd. Rauf Yusoh berkata Umno perlu kembali menghayati perjuangan asal bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu.
Beliau berkata Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat harus berada dilandasan perjuangan yang sebenar jika ingin memastikan parti itu terus kekal relevan.
"Kita kena balik kepada rakyat, kita perlu tahu apa yang diinginkan oleh rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Abd. Rauf dilantik sebagai Setiausaha Kerja Umno menggantikan Brigedier Jeneral (B), Datuk Husainay Hashim berkuat kuasa Isnin lalu.
Beliau berkata tanggungjawab yang dipikul sekarang ini cukup mencabar terutama selepas tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.
"Tugas baru ini merupakan satu cabaran yang besar terutama dalam situasi politik semasa.
"Tanggungjawab yang diberikan oleh parti kepada saya adalah cukup besar namun saya berazam untuk lakukan yang terbaik.
"Saya akan sedaya upaya pikul tanggungjawab untuk pastikan Umno mencapai kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai mesyuarat Biro Politik Umno yang dijangka akan bermesyuarat pada Isnin depan bagi memutuskan sama ada parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, beliau berkata sehingga kini tarikh mesyuarat itu masih kekal.
"InsyaAllah ikut jadual mesyuarat itu pada Isnin ini untuk menentukan kedudukan Umno pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya merupakan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Umno.
Jumaat, 1 Mei 2009
BN harus bertanding di Penanti
BERNAMA
PULAU PINANG: Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berharap Barisan Nasional (BN) dapat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini bagi menebus maruah parti dan membela nasib rakyat.
Ketuanya Norman Zahalan berkata, tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepas telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu.
"Ahli BN dan UMNO harus mempunyai semangat dan maruah perjuang parti yang tinggi untuk membela nasib pengundi di kawasan Penanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Norman, yang juga Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru, berkata apabila UMNO tidak bertanding maka ini akan menunjukkan kemerosotan pengaruh parti itu di kawasan yang ada pilihan raya kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda UMNO Negeri akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BN berhubung sama ada mahu meletakkan calon untuk bertanding kerusi DUN Penanti atau sebaliknya.
UMNO Pusat dijangka membuat keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam pilihan raya kecil Penanti selepas mesyuarat Biro Politik parti itu di Putrajaya Isnin ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan hari mengundi pada 31 Mei jika ada pertandingan.
Pada Selasa lepas, PKR memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Mansor Othman sebagai calon parti itu untuk merebut kerusi DUN Penanti.

Speaker DUN Perak: Ganesan sahkan dicalon ganti Sivakumar
Bekas ADUN Sungkai dari MIC telah beri persetujuan
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut apabila DUN bersidang Khamis ini.
"Saya telah menandatangani surat persetujuan dilantik ke jawatan Speaker dua hari lalu, 29 April," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.
Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dari tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungkai dengan menewaskan A. Sivanesan dari DAP pada pilihan raya umum 2004.
Ganesan, 57, lulusan undang-undang menambah, beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan kepercayaan oleh parti.
"Saya adalah penyokong parti dan apa jua keputusan dibuat oleh parti, saya akan menyokong.
"Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan MIC dan Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) kerana memberikan kepercayaan memegang jawatan ini," katanya lagi. "Saya telah mendengar khabar angin bahawa saya akan dilantik sebagai Speaker sejak beberapa hari yang lalu dan ada dua nama lain turut disebut-sebut... ia cuma menjadi pasti kelmarin apabila surat persetujuan diberikan kepada saya oleh BN untuk ditandatangani," katanya.
Laporan media menyebut antara nama turut disebut-sebut ialah Datuk Dr. S. Vasan yang pernah bersaing di kerusi DUN Pasir Panjang pada Mac 2008, yang dimenangi oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
USUL
Terdahulu, Bernama melaporkan, BN telah menamakan Ganesan sebagai calon Speaker DUN Perak yang baru.
Memetik tulisan Sivakumar dalam blognya: speakforperak.blogspot.com, laporan itu menyebut bahawa usul tersebut telah diserahkan ke Pejabat Setiausaha DUN Perak di sini pada pagi semalam.
Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Datuk Hamidah Osman.
"Surat persetujuan daripada Datuk R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini," katanya.
Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.
Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk melucutkan jawatan Speaker V. Sivakumar seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.
Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu.
Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lalu berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.
Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.
Nizar pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.
Bekas Exco Kanan Perak yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan PAS-DAP-PKR tidak akan memberi maklum balas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker bulan lalu.

MB Selangor kenang jasa pekerja
Saidah Hairan
KUALA LUMPUR - Sempena hari Pekerja, kerajaan negeri Selangor mengucapkan syabas dan Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja khususnya di negeri Selangor kerana sumbangan mereka dalam pembinaan negeri selama ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar baharu bagi menambah baik syarat dan faedah dalam perkhidmatan pekerja bagi memastikan kebajikan mereka tidak diabaikan.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah menaikkan garis kemiskinan daripada RM800 kepada RM1500 bagi setiap keluarga bagi tujuan memastikan golongan pekerja berpendapatan rendah dapat menikmati pelbagai program kebajikan dan bantuan.
Kerajaan negeri juga telah menambah kelayakan cuti bersalin daripada 60 hari pada 90 hari manakala suami yang isterinya bersalin dapat menikmati cuti sebanyak 14 hari.
"Bagi isteri yang kematian suami dapat menikmati cuti kecemasan sehingga 30 hari dan bergaji penuh berbanding kelayakan cuti tiga hari sebelum ini," katanya.
Beliau berharap rakan-rakan majikan dalam sektor swasta bersedia memberi pertimbangan dalam hal mengubah dasar sebagaimana yang kerajaan amalkan dimana dasar kerajaan negeri sekarang selari dengan amalan di negara maju.
Menurut beliau ekoran negara dilanda kemelesetan ekonomi mungkin akan memberi kesan kepada pasaran pekerjaan.
Bagaimanapun, katanya, negeri Selangor mampu mengharungi keadaan ekonomi ini lantaran asas ekonomi negeri Selangor masih kuat dan pentadbiran Pakatan Rakyat cepat memberikan tindak balas terhadap pelbagai cabaran menerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja.
Menurut beliau, selagi dunia menghadapi kemelesetan ekonomi kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha membina kumpulan tenaga pekerja yang berdaya saing.
"Kita mesti sama-sama bekerja untuk memperkukuhkan kekuatan ekonomi negeri kita, dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran tenaga pekerja, daya pengeluaran dan menyeimbangi ketahanan dalaman," tegasnya.
Beliau berkata, usaha seumpama itu penting dilakukan supaya negeri Selangor bukan sahaja dapat bertahan dalam keadaan kegawatan ekonomi tetapi terus kukuh semasa peningkatan ekonomi global kelak./SH _

YB Toh Jangan Cakap Kosong !
Wan Kay
KUALA TERENGGANU – Penduduk Kampung Cina Kuala Terengganu tidak puas hati dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bandar, YB Toh Chin Yaw yang berlepas tangan dalam masalah yang mereka hadapi.
Mereka yang terlibat dengan pengambilan balik tanah kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran jalan ‘double frontage’ di Pulau Warisan (belakang Kampung Cina) di sini, mendakwa tidak dipedulikan oleh ADUN tersebut.
Dalam keadaan mereka menghadapi masalah yang kritikal, wakil rakyat tersebut tidak muncul dan hanya membiarkan mereka berunding dengan pihak kontraktor sahaja.
Seorang penduduk, Encik Chong Wan Keh, 56, menuntut agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Encik Toh Chin Yaw segera menunaikan ‘janji’ kepada penduduk terbabit dengan membahagikan borang-borang rumah.
“YB Toh (gambar kanan), jangan cakap ‘kosong’ sahaja kami (penduduk) mahu ada surat ‘hitam-putih’ bila bahagi-bahagikan borang rumah kepada rakyat.
“Akan datang jika dia (Toh) dibuang kerja (tidak jadi wakil rakyat), dia (Adun Bandar) akan kata tidak tahu menahu pula,” ujarnya.
Menurutnya, penduduk terbabit kini tidak lena tidur dan berada dalam kebimbangan selagi tidak ada jalan penyelesaian dengan kerajaan negeri.
Beliau antara penduduk yang pernah melakukan baik pulih bangunan yang didiaminya mencecah RM180,000.
Katanya, tawaran sejumlah RM5,000 sebagai bayaran saguhati kepada penduduk agar berpindah tidak berbaloi.
Pesara guru, Encik Chua Boon Seng, 69, mendakwa keluarganya mendiami bangunan di Kampung Cina tersebut sejak lebih 70 tahun lalu.
Katanya, jika kerajaan tetap mahukan penduduk berpindah wajar diberikan tempat baru bagi menjalankan perniagaan masing-masing.
“Jika kita (penduduk) disuruh pindah tetapi tidak diberi tempat baru atau pampasan yang manasabah macam mana kami hendak pindah.
“Kami (penduduk) semua terpaksa tutup perniagaan yang menjadi sumber pendapatan keluarga selama ini,” tegasnya.
Beliau bersetuju jika kerajaan hanya mengambil sebahagian (belakang) dari kawasan berkenaan serta tidak mengganggu di bahagian hadapan premis perniagaannya. (Gambar bawah - deretan presmis yang akan dirobohkan)
Katanya, di bahagian hadapan penduduk terbabit hendak berniaga serta tempat mencari rezeki.
Menurutnya, kos yang pernah dibelanjakan bagi membaik-pulih bangunan yang didiami sejak puluhan tahun itu mencecah RM200,000.
Walaupun wakil-wakil kerajaan pernah turun dalam majlis dialog sebelum ini, namun kerajaan UMNO/BN tidak langsung menunjukkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada nasib penduduk yang terbabit.
Toh yang turut sama ketika itu, telah dicanggah oleh seorang penduduk kerana sering mengulang-ulangkan ucapan ‘ini rumah haram, ini rumah haram’.
Sedangkan menurut penduduk terbabit, mereka tidak duduk secara haram kerana lesen menumpang sementara (TOL) pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan mereka membayar lesen tersebut.
Toh juga mengulangi ketidakcaknaan beliau terhadap masalah rakyatnya sendiri apabila menyanggah ADUN wakaf Mempelam yang cuba memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya dalam sidang DUN baru-baru ini.
Selasa lalu, 28 April 2009, Selasa lalu, Toh tidak hadir semasa perbincangan diadakan diantara penduduk dengan wakil kontraktor berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Buletinonline difahamkan, Toh sedang bercuti dan melancong ke luar negara.

Air Selangor: MB Selangor sambung bincang dengan Menteri
SUARA KEADILAN
SHAH ALAM: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bersetuju dengan Kerajaan Selangor supaya bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam hal penyusunan semula perkhidmatan industri air di Selangor.
Komitmen tersebut dinyatakan oleh Menterinya yang baru dilantik Datuk Peter Chin kepada Menteri Besar Selangor Abdul Khalid dalam pertemuan rasmi yang pertama di Putrajaya pada Isnin lalu.
Kementerian dan Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bersama dalam usaha mencari penyelesaian yang memuaskan dua-dua pihak terhadap isu-isu tertangguh yang melibatkan penyusunan semula dan pengambialihan aset air daripada empat syarikat konsesi di Selangor oleh Kerajaan Negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dijangka mengepalai jawatankuasa khas bersama tersebut.
Abdul Khalid menyifatkan pertemuan dengan YB Datuk Peter Chin sebagai “produktif dan berhasil”.
“Kami saling mengutamakan kebajikan kalangan pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur, dan dengan yang demikian kami sangat berharap penyelesaian konkrit dapat dicapai bagi memastikan mereka menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.

NIZAR : Mahkamah tidak ada hak tentukan kerajaan
SUARA KEADILAN
IPOH - MENTERI Besar Pakatan Rakyat perak Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan mahkamah tidak berhak untuk menentukan siapa untuk mentadbir kerajaan sebaliknya hak berkenaan adalah kepada rakyat.
Berucap dalam satu ceramah di Kampar, Nizar berkata, terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan terpaksa memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.
“Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah,” katanya malam tadi di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan disini.
Menurut Nizar lagi, sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan diadakan pada 7 Mei akan turut dihadiri oleh Adun-adun Pakatan Rakyat dan ianya disifatkan sangat mengerikan.
“7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker,”katanya lagi.
Ceramah itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Adun Malim Nawar Khesvinder Singh dan Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai.

Timbalan Pengerusi SPR diminta jadi calon penanti
SUARA KEADILAN
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Wan Ahmad Wan Omar wajar dijadikan calon Umno-Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Dun Penanti yang bakal diadakan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin Wan Ahmad wajar dijadikan calon BN kerana kenyataan beliau yang dianggap menyebelahi Barisan Nasional.
“Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak,” kata Shamsul dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya seperti yang dilaporkan media, 27 April lalu.
SPR telah bercadang untuk menguatkuasakan beberapa pendekatan baru. Antaranya ialah menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding serta menguatkuasakan ‘hari bertenang’ menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.
Menurut Shamsul, rancangan ini adalah sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.
“AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon,” Kata Shamsul lagi.
Shamsul menambah, walau ramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.
Malah menurut Shamsul, terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang ‘jelas kelihatan’ menyokong BN.
Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK, menurut Shamsul tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.
“AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,
“Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja,” katanya lagi.

S'gor tubuh penggerak belia negeri
MALAYSIA KINI
Kerajaan Selangor akan menubuhkan Penggerak Belia Negeri Selangor bagi merancang dan menggerakkan program pembangunan yang berkaitan modal insan di negeri ini.
khalid ibrahimMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rancangan tersebut bertujuan melahirkan kepemimpinan belia yang berwibawa yang dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Selangor.
"Bagi memastikan program ini meliputi semua peringkat, Penggerak Belia Negeri Selangor bakal diusahakan bersama dua lagi struktur organisasi, iaitu Penggerak Belia Tempatan untuk peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat zon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Majlis pelancaran khas diadakan pada 6 Jun 2009 sempena sambutan Hari Belia peringkat Negeri Selangor.
"Bagi memastikan belia wanita tidak ketinggalan dalam rancangan ini, keahlian bagi setiap jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan di peringkat zon mestilah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita.
"Jikalau pengerusinya lelaki, maka timbalannya wanita, dan sebaliknya," kata menteri besar lagi.
Penggerak Belia Negeri Selangor dipengerusikan oleh menteri besar manakala PeBT dipengerusikan oleh yang dipertua atau datuk bandar.
"Penggerak belia tempatan peringkat zon pula diketuai oleh ketua belia tempatan dan keahliannya dianggotai oleh belia pelbagai kaum yang berumur di antara 16 dan 35 tahun.
"Pelbagai program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bertujuan memastikan keaktifan dan penglibatan golongan belia dalam masyarakat, yang secara tidak langsung melahirkan bakat kepemimpinan belia yang berwibawa," tambahnya.

Exco P. Pinang setuju Mansor timbalan satu KM
MALAYSIA KINI
Exco kerajaan Pulau Pinang sebulat suara menerima cadangan Mansor Othman mengisi kekosongan timbalan satu ketua menteri jika timbalan pengerusi perhubungan PKR itu menang di Penanti.
Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dicapai dalam
perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat exco semalam, lapor Bernama.
"Exco menerima sebulat suara cadangan itu sekiranya Mansor menang dan menjadi ADUN Penanti pada pilihan raya kecil itu
nanti," beliau dipetik berkata.
Lim diminta mengulas kekosongan jawatan itu selepas Mohammad Fairus Khairuddin melepaskannya pada 8 April lepas.
Selasa lepas, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mansor sebagai calon parti itu pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan berlangsung 23 hingga 31 Mei ini.
Pada pilihanraya umum, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi setelah mendapat 4,696 undi.

Langgan:
Catatan (Atom)