Jumaat, 1 Mei 2009

NIZAR : Mahkamah tidak ada hak tentukan kerajaan

SUARA KEADILAN


IPOH - MENTERI Besar Pakatan Rakyat perak Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan mahkamah tidak berhak untuk menentukan siapa untuk mentadbir kerajaan sebaliknya hak berkenaan adalah kepada rakyat.

Berucap dalam satu ceramah di Kampar, Nizar berkata, terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan terpaksa memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah,” katanya malam tadi di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan disini.

Menurut Nizar lagi, sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan diadakan pada 7 Mei akan turut dihadiri oleh Adun-adun Pakatan Rakyat dan ianya disifatkan sangat mengerikan.

“7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker,”katanya lagi.

Ceramah itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Adun Malim Nawar Khesvinder Singh dan Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai.

Tiada ulasan: