MALAYSIA KINI
Kerajaan Selangor akan menubuhkan Penggerak Belia Negeri Selangor bagi merancang dan menggerakkan program pembangunan yang berkaitan modal insan di negeri ini.
khalid ibrahimMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rancangan tersebut bertujuan melahirkan kepemimpinan belia yang berwibawa yang dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Selangor.
"Bagi memastikan program ini meliputi semua peringkat, Penggerak Belia Negeri Selangor bakal diusahakan bersama dua lagi struktur organisasi, iaitu Penggerak Belia Tempatan untuk peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat zon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Majlis pelancaran khas diadakan pada 6 Jun 2009 sempena sambutan Hari Belia peringkat Negeri Selangor.
"Bagi memastikan belia wanita tidak ketinggalan dalam rancangan ini, keahlian bagi setiap jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan di peringkat zon mestilah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita.
"Jikalau pengerusinya lelaki, maka timbalannya wanita, dan sebaliknya," kata menteri besar lagi.
Penggerak Belia Negeri Selangor dipengerusikan oleh menteri besar manakala PeBT dipengerusikan oleh yang dipertua atau datuk bandar.
"Penggerak belia tempatan peringkat zon pula diketuai oleh ketua belia tempatan dan keahliannya dianggotai oleh belia pelbagai kaum yang berumur di antara 16 dan 35 tahun.
"Pelbagai program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bertujuan memastikan keaktifan dan penglibatan golongan belia dalam masyarakat, yang secara tidak langsung melahirkan bakat kepemimpinan belia yang berwibawa," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan