SUARA KEADILAN
SHAH ALAM: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bersetuju dengan Kerajaan Selangor supaya bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam hal penyusunan semula perkhidmatan industri air di Selangor.
Komitmen tersebut dinyatakan oleh Menterinya yang baru dilantik Datuk Peter Chin kepada Menteri Besar Selangor Abdul Khalid dalam pertemuan rasmi yang pertama di Putrajaya pada Isnin lalu.
Kementerian dan Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bersama dalam usaha mencari penyelesaian yang memuaskan dua-dua pihak terhadap isu-isu tertangguh yang melibatkan penyusunan semula dan pengambialihan aset air daripada empat syarikat konsesi di Selangor oleh Kerajaan Negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dijangka mengepalai jawatankuasa khas bersama tersebut.
Abdul Khalid menyifatkan pertemuan dengan YB Datuk Peter Chin sebagai “produktif dan berhasil”.
“Kami saling mengutamakan kebajikan kalangan pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur, dan dengan yang demikian kami sangat berharap penyelesaian konkrit dapat dicapai bagi memastikan mereka menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan