Hasimi Muhamad

Muhyiddin
dalam Perutusan Khas mengakui bahawa beliau terpaksa meletak jawatan
selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat susulan penarikan
sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA:
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan seolah-olah wujud
konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang
dipimpin oleh beliau.
Perdana Menteri caretaker itu berkata, bagaimanapun beliau enggan membuat kenyataan yang boleh mengheretnya ke mahkamah.
Jelas Muhyiddin lagi, berdasarkan prestasi PN, kerajaan yang dipimpinnya itu tidak gagal.
Namun, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata segelintir pihak mengambil peluang dengan mempertikaikan keabsahan kerajaan.
"Saya
rasa seperti seolah-olah ada konspirasi.. seolah-olah lah, pasal saya
juga seorang (ahli) politik menilai, sewajarnya tidak begitu.
"Jadi,
petanda-petanda yang saya fikir dilakukan pihak atau kumpulan tertentu
untuk tujuan tertentu. Saya tak nak buat apa-apa kenyataan yang
menyebabkan saya diheret ke mahkamah, ini fakta politk yang saya akui
mungkin telah membuat kesan sebegitu rupa sehingga mungkin cita-cita
mereka berhasil.
"Tetapi tak apa, kita
terima... Mengikut Islam, ia ditakdirkan. Tetapi ini bukan bermakna
tugas kita tidak ada lagi," katanya dalam sidang media selepas Perutusan
Khas, di sini pada Isnin.
Muhyiddin
berkata demikian ketika ditanya adakah beliau merasakan seperti
dikhianati selepas bertungkus-lumus memulihkan negara akibat pandemik
COVID-19.
Pada
Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana
Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara
memaklumkan, susulan peletakan jawatan tersebut, Baginda berkenan supaya
Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Sementara
itu, Muhyiddin dalam Perutusan Khas mengakui bahawa beliau terpaksa
meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO.
Mengulas
lanjut, Muhyiddin berkata sekiranya wujud perkhianatan, ia bukan kepada
dirinya, sebaliknya kepada negara dan rakyat yang sedang menderita.
"Fikir-fikir
kan lah. Kalau seseorang itu ada kesedaran, dia tidak harus meraikan
fasal menumbangkan kita sedangkan kita berusaha melakukan amal ibadah,
untuk menyelamatkan nyawa," tambah beliau.
Tegas
Muhyiddin lagi, beliau dan rakan-rakan dalam parti yang sehaluan akan
tetap berpegang kepada prinsip Kerajaan Prihatin walaupun tidak lagi
menerajui negara.
"Saya fikir akan turun
ke bawah (padang), jadi jurubicara kepada rakyat supaya nasib terbela
kerana saya faham sebagai Perdana Menteri dulu, ada data-data yang
menunjukkan bahawa keadaan rakyat miskin bertambah ramai dan mereka yang
tergolong dalam kumpulan miskin tegar juga telah bertambah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan