Khamis, 12 Ogos 2021

Mengapa mahu robohkan kota ini?

Dalam bersungguh kita berusaha menghadapi pandemik Covid-19 dengan pelbagai pelan dan rancangan demi memulihkan kehidupan rakyat dan negara rupanya pihak-pihak tertentu pula bergelut bermain politik.

Kerajaan Persekutuan hari ini diwakili parti-parti Melayu Islam terbesar dengan Kabinet diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibantu pula Timbalan Perdana Menteri dari UMNO selain menteri-menteri lain termasuk dari PAS.

Inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat kemampuan saf kepimpinan anak-anak bangsa, terutama dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara. Tetapi sedih apabila ada pihak yang mengambil kesempatan mengawatkan suasana.

Apa lagi yang kita mahu?

Allah SWT berikan kita peluang, maruah agama dan bangsa diangkat-Nya apabila Pakatan Harapan (PH) rebah setelah 22 bulan. Sepatutnya gunakanah kesempatan ini bagi memperkukuhkan kekuatan kuasa politik umat Melayu di bumi berdaulat ini.

Tetapi sebaliknya apa yang dibina ini mahu direntap dan dirobohkan. Apa sebabnya?

Portal Agenda Daily melaporkan:

“Menurut seorang lagi sumber berkata Zahid kini ragu-ragu sama ada Anwar akan dapat menggugurkan kes mahkamah terhadapnya kerana DAP yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Zahid juga tahu Anwar tidak boleh buat sesuka hati bebaskan dia kerana pemimpin dalam DAP seperti Tony Pua tidak akan berdiam diri,” kata sumber itu lagi.

Zahid sengaja dilihat senada dengan blok parti pembangkang khususnya dengan Anwar untuk menimbulkan retorik kerajaan gagal dan menderhaka, sebaliknya niat utamanya adalah bagi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dan dirinya ditabalkan sebagai PM.”

Apakah ini yang kita cari?

Almarhum Raja Ali Haji dalam karya Gurindam Duabelasnya mengingatkan anak-anak bangsa:

Hendaklah berjasa kepada yang sebangsa
Hendaklah jadi kepala buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat buang khianat
Hendaklah marah dahulukan hujah
Hendaklah dimalui jangan memalui
Kita belum terlambat, bermuafakatlah di sana ada barakat.

(*) Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir -Setiausaha PAS Selangor

Tiada ulasan: