Selasa, 3 Ogos 2021

Henti pamer kegagalan dalam rawat pesakit COVID-19

 Athirah Huda Zalhe

Ini punca wujud istilah ‘kerajaan gagal’ kerana sentiasa tular kekecewaan

BANGI – Kementerian Kesihatan (KKM) perlu berhenti mempamerkan kes-kes kegagalan ketika menangani pesakit COVID-19, khususnya di media sosial.

Oleh itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat menyarankan KKM dan petugas barisan hadapan supaya menonjolkan bukti kejayaan dalam merawat pesakit COVID-19.

Ini termasuk mengembangkan lagi keadah dan pelbagai perubatan yang sesuai termasuk daripada tradisional Islam.

“Buat kolaborasi yang baik dengan pelbagai pihak termasuk dengan NGO, doktor pakar tempatan dan pengamal perubatan tradisional Islam.

“Jangan terus tunjukkan kes meningkat, kematian terus bertambah, sedangkan lebih 20 juta rakyat telah disuntik vaksin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, apa guna kerajaan berbelanja puluhan bilion ringgit untuk program vaksinasi, namun kejayaan itu tidak dipamerkan.

“Yang diviralkan kegagalan dan kekecewaan. Akibat dari inilah akhirya istilah ‘kerajaan gagal’ telah dijadikan modal kuat oleh pembangkang.

“Itu belum cerita mengenai kelemahan dan akibat pelbagai SOP PKP dan ‘lockdown’ yang menyebabkan pelbagai urusan kehidupan rakyat menderita dan sengsara termasuk bankrap serta bunuh diri,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan berita mengenai ramai pakar dan doktor muda menangis kecewa kerana tidak mampu selamatkan pesakit COVID-19 muda.

Tiada ulasan: