Gopal Sri Ram turut berkata kuasa Agong untuk melantik perdana menteri tidak bersama peruntukan untuk memecat beliau.
Perlembagaan tidak memberikan sebarang kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan cara Parlimen berfungsi, termasuk penetapan tarikh sidang perlu diadakan, kata salah seorang pakar Perlembagaan terkemuka di Malaysia.
“Agong mungkin tidak boleh mengarahkan PM untuk adakan sidang Parlimen. Baginda tiada kuasa untuk melakukan perkara itu,” kata Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang bertanggungjawab memberikan lebih dari 800 penghakiman yang menjadi rujukan undang-undang Komanwel kepada MalaysiaNow.
Ulasan tersebut tampil selepas spekulasi hangat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang berada ditekan untuk mengadakan sidang Parlimen bagi pembentangan usul undi percaya yang lebih awal walapun beliau menjamin akan dilakukan pada persidangan Dewan Rakyat berikutnya pada September.
Langkah tersebut mencetuskan kebimbangan akan wujud kekosongan kuasa sekiranya Muhyiddin mengambil tindakan membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan kerana ia berkemungkinan menyebabkan usaha Malaysia melawan pandemik Covid-19 yang sedang berjalan akan menjadi tidak stabil dan terganggu.
Hal ini kerana, menurut Sri Ram, menolak cadangan pembubaran Parlimen adalah salah satu dari tiga kuasa Perlembagaan yang diperuntukkan kepada Agong.
“Agong boleh tolak pembubaran (Parlimen). Beliau miliki budi bicara tunggal untuk lakukannya,” kata Sri Ram.
“Setelah Agong tolak pembubaran, Kabinet harus undurkan diri, termasuk perdana menteri,” tambahnya.
Sri Ram merujuk Artikel 40 Perlembagaan, yang menjelaskan tiga kuasa Agong: untuk menolak cadangan membubarkan Parlimen, untuk mengadakan mesyuarat Raja-Raja Melayu dan melantik perdana menteri.
Bagaimanapun, Sri Ram berkata kuasa Agong untuk melantik perdana menteri tidak bersama peruntukan kuasa untuk memecatnya.
“Tidak ada kuasa diperuntukkan untuk memecat (perdana menteri).”
Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Umno, Ahmad Zahid Hamidi meningkatkan usaha untuk supaya undi percaya dilakukan lebih awal, sebelum menjelang perbicaraan mahkamah berhubung rasuah melibatkan Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Tahun lalu, pengunduran Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menyebabkan Malaysia tidak memiliki kerajaan selama beberapa hari apabila Agong terpaksa bertemu kesemua 222 ahli Parlimen bagi menentukan siapakah yang memiliki sokongan untuk membentuk kerajaan baru.
Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri sewaktu pandemik Covid-19 mula menunjukkan kesannya selepas kematian mula direkodkan.
Kali ini, ketika Malaysia berdepan cabaran penularan varian Delta yang lebih dahsyat di Asia, sebarang kekacauan terhadap pentadbiran di Putrajaya boleh mempengaruhi usaha melawan Covid-19, termasuk sasaran untuk mencapai imuniti kelompok pada Oktober.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan