Astro Awani

Tricia berkata, beliau bimbang jika PN kembali memerintah, keadaan akan kembali seperti sebelum ini. - Foto fail
KUALA LUMPUR:
Sekiranya calon dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi sokongan
majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan,
banyak pihak akan menunggu tawaran baharu yang akan diberikan.
Menurut
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi
(IDEAS), Tricia Yeoh, persoalan yang timbul jika PN kembali berkuasa
adakah tawaran reformasi yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum
ini akan turut diberikan kepada pembangkang?
Tricia
berkata, beliau bimbang jika PN kembali memerintah, keadaan akan
kembali seperti sebelum ini dan tawaran reformasi yang diberikan oleh
Muhyiddin sebelum ini tidak akan diberikan keutamaan.
"Jika
mereka mempunyai 115 sokongan, saya rasa sangat menarik untuk melihat
apakah bentuk tawaran yang akan diberikan, terutamanya tawaran reformasi
yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum ini.
"Adakah mereka juga akan memberi tawaran itu atau apakah lagi tawaran yang akan diberikan?
"Jika
mereka memerlukan sokongan daripada pembangkang, saya rasa ia akan
menjadikan reformasi itu menarik tetapi sekiranya mereka tidak perlukan
sokongan pembangkang, keadaan akan kembali seperti biasa," katanya
kepada Astro AWANI.
Ketika menyampaikan
Ucapan Khas pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada
pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.
Antara
tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU)
Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua
ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu
menunggu pendaftaran automatik.
Namun
semua parti pembangkang menolak tawaran tersebut malah UMNO yang
merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional juga menolak.
Ekoran dari itu, Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan