Sabtu, 12 Jun 2021

Kes penghinaan institusi diraja meningkat: Hamzah

Hamzah Zainudin

SHAH ALAM - Kes penghinaan terhadap institusi diraja dilaporkan meningkat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri memantau perkara tersebut untuk tindakan tegas.

Dalam perkembangan lain Hamzah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 9,808 kompaun dan menahan 542 individu atas pelbagai kesalahan langgar prosedur operasi standar (SOP) antara 1 Jun hingga 11 Jun.

Beliau dalam pada itu, berkata, permit pergerakan bagi pekerja sektor perlu ekonomi yang tamat pada 14 Jun masih diterima PDRM sehingga sekatan pergerakan penuh tamat 28 Jun.

Tiada ulasan: