BARU semalam, Multiracial Reverted Muslims (MRM) menguarkan-uarkan pemberian sumbangan barangan keperluan asas secara percuma bermula hari ini.
Pemberian barangan itu bertempat di Restoran Balak.Co di Desa Setapak, Kuala Lumpur yang mana orang ramai boleh mengambilnya secara walk-in.
Inisiatif ini bagi membantu orang ramai tanpa mengira agama dan kaum dalam tempoh sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Permohonan secara online juga boleh dilakukan di www.mrmcare.com bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.
Hari ini, pendakwah yang juga Pengasas MRM, Firdaus Wong memaklumkan program sumbangan itu menerima sambutan baik daripada orang ramai.
“Alhamdulilah. Ramai yang datang Balak.Co hari ini untuk mengambil barangan keperluan asas setelah kami menguar-uarkan di media sosial semalam. Walaupun hujung minggu, kakitangan MRM telah bersedia menanti.
Baca artikel berkaitan: PKP: MRM peruntuk RM150,000 bantu ringankan beban rakyat
“Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama datang untuk mengambil barangan keperluan asas dari MRM hasil sokongan dan sumbangan sahabat semua,” katanya menerusi Facebook beliau.
Firdaus pada masa sama melahirkan harapan semoga sedikit bantuan ini mampu meringankan beban rakyat akibat lockdown dan pandemik COVID-19.
“Jazakumullahu Khairan buat para sahabat yang menyokong serta menyumbang,” ujarnya.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun MAYBANK Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor di nombor akaun 5648 1052 0353.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan