Sabtu, 12 Jun 2021

5,793 kes baharu, kurang 1,056 berbanding semalam

TIDAK seperti mana semalam yang menghampiri angka 7,000, kes harian COVID-19 yang dilaporkan hari ini turun kepada 5,793.

Pengurangan 1,056 kes itu sekali lagi banyak disebabkan penurunan kes yang dilaporkan di Selangor.

Jika semalam Selangor melaporkan 2,558 kes, hari ini negeri paling ramai penduduk itu melaporkan 1,582 kes.

Ini diikuti negeri jiran Selangor iaitu Negeri Sembilan dengan 618 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga, Sarawak sebanyak 569 kes manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 559 kes hari ini diikuti Johor (504 kes).

“Sabah pula melaporkan 378 kes disusuli Kelantan (337 kes), Labuan (250 kes) dan Perak (218 kes),” katanya menerusi media sosial beliau.

Baca artikel berkaitan: 6,849 kes baharu, tertinggi dalam tempoh 6 hari

Kes masih tinggi, PKP 3.0 disambung dua minggu

Jumlah kes tiga angka yang sering direkodkan Labuan kebelakangan ini merisaukan ramai berbanding populasi di pulau tersebut.

Malah, angka 250 hari ini merupakan peningkatan berbanding semalam (176 kes).

Perlis pula sekali lagi melaporkan kes terendah dengan lima kes manakala Terengganu pula kekal mencatatkan dua angka kes baharu dengan 82 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 12 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,793 kes (652,204 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,582 (212,985)
WPKL – 559 (66,754)
Sabah – 378 (65,708)
Johor – 504 (64,276)
Sarawak – 569 (54,899)
Negeri Sembilan – 618 (33,451)
Kelantan – 337 (31,874)
Pulau Pinang – 198 (31,854)
Perak – 218 (23,525)
Kedah – 171 (21,570)
Melaka – 178 (14,705)
Pahang – 121 (11,536)
Terengganu – 82 (10,521)
WP Labuan – 250 (5,884)
WP Putrajaya – 23 (2,109)
Perlis – 5 (553)

Tiada ulasan: