SEREMBAN: Sebanyak 45 rumah terjejas dilanda ribut dalam kejadian di Mambau, dekat sini, petang tadi.
Dua buah kampung yang teruk terjejas dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu ialah Kampung Batu 3 dan Kampung Kayu Ara.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, setakat malam ini, sebanyak 20 buah rumah di Kampung Kayu Ara mengalami kerosakan susulan ribut selain sebuah surau dan sebuah kedai.
“Kampung Batu 3 pula, sebanyak 25 buah rumah terjejas dalam kejadian ribut berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.
Difahamkan kejadian yang berlaku dalam tempoh 20 minit berkenaan menyebabkan banyak pokok tumbang di kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan