Dewi Nur Harasha Alias
Sindiket
pengedaran dadah terbabit menjadikan jalan laut sebagai laluan
alternatif
bagi membawa masuk lebih 800 kilogram (kg) dadah jenis ganja
ke negeri Pulau
Pinang. - Foto PDRM
GEORGE TOWN:
Penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand berikutan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan sindiket pengedaran dadah
mengalih modus operandi penyeludupan menerusi jalan laut dengan
menggunakan bot fiber dan nelayan.
Taktik itu dikesan selepas polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah dari negara Laos baru-baru ini.
Sindiket
pengedaran dadah terbabit menjadikan jalan laut sebagai laluan
alternatif bagi membawa masuk lebih 800 kilogram (kg) dadah jenis ganja
ke Pulau Pinang.
Malah, sindiket
tersebut turut menjadikan nelayan sebagai orang tengah bagi membantu
membawa masuk bekalan dadah ketika mereka menangkap ikan di perairan
termasuk sempadan negara.
Menurut
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk
Razarudin Husain, Dalam serbuan di Pulau Pinang dan Kedah pada Jumaat
lalu, 12 individu termasuk seorang wanita warga Laos dan dalang utama
sindiket terbabit berjaya ditahan.
Razarudin berkata sebanyak 865.7kg ganja juga dirampas yang nilainya mencecah RM2.16 juta.
“Jumlah
dadah ini dapat digunakan 2,885 penagih dan kejayaan ini, kami pasti
bahawa satu sindiket didalangi seorang lelaki berbangsa Melayu dan
ahlinya tumpas sepenuhnya.
“Kami percaya
disebabkan PKP yang dilaksanakan yang menjadikan semua pintu sempadan
ditutup dan daripada maklumat risikan yang kami jalankan, kami tahu
laluan laut digunakan dan ia dari negara jiran.
“Kami
juga berjaya merampas enam buah kereta, satu bersama enjin dan kami
akan mengambil tindakan di bawah Akta Pelucutan Hak Harta,” katanya.
Menurut
Razarudin, menerusi serbuan pertama, polis menahan dua lelaki di
kawasan Sungai Nibong di George Town dan menemui 250 ketulan ganja di
dalam kereta yang dimiliki suspek.
Susulan
itu, polis menahan seorang lagi lelaki di Sungai Nibong sebelum
menyerbu sebuah bengkel membaiki bot di Simpang Ampat, Seberang Perai
Selatan dan menjumpai 621 ketulan dadah dipercayai ganja disembunyikan
di situ.
“Tangkapan kedua pada jam 1.30
pagi di Sungai Nibong yang mana tangkapan ini membawa kami ke sebuah
bengkel membaiki bot di Simpang Ampat Pulau Pinang.
“Di sana, kami merampas sejumlah 621 ketulan dadah disyaki ganja di dalam sebuah bot.
“Bot yang kami rampas ini ialah bot fiber berukuran 30 kaki berku
asa 175 kuasa kuda,” tambahnya.
Beliau
berkata polis turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh yang
berperanan sebagai penjaga bengkel berkenaan bagi memastikan semua dadah
tersimpan dalam keadaan selamat.
Turut ditahan nelayan yang berperanan membantu membawa masuk dadah ketika mereka menangkap ikan.
Razarudin
berkata susulan penahanan semua ahli sindiket terbabit, polis turut
menyita enam buah kenderaan antaranya jenis BMW, Isuzu Dmax, Perodua
Myvi dan Honda City dan bot fiber, enjin bot serta wang tunai yang
kesemuanya bernilai RM280,752.
Tiga
daripada mereka yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod lampau
berkaitan dadah serta jenayah manakala empat lelaki positif dadah.
Kesemua
mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen
39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua dadah yang dirampas itu boleh
digunakan oleh 2.9 juta penagih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan