GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang pesakit lelaki positif Covid-19 yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.
Menurut sumber polis, lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Pokok Sena, Kepala Batas dekat sini itu didapati tiada di katilnya kira-kira pukul 3.20 petang tadi.
Tambah beliau, lelaki berkenaan turut menanggalkan gelang pengawasan Covid-19 berwarna merah jambu yang ditinggalkan di atas katil wad hospital berkenaan.
“Kali terakhir dia dilihat memakai baju dan seluar berwarna putih,” katanya di sini malam ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan