Abd Razak Mohd Ali
Seorang
pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya skim
pelaburan
emas yang tidak wujud. -Gambar hiasan/Pixabay
TAIPING: Seorang pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya skim pelaburan emas yang tidak wujud.
Ketua
Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata mangsa
lelaki berumur 60 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita
dari negara jiran yang dikenali melalui satu aplikasi ‘dating’.
Menurutnya,
wanita berkenaan menawarkan mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas
yang kononnya menawarkan pulangan lebih RM11 juta.
“Pengadu
telah memasukkan wang secara berperingkat ke dalam lapan akaun yang
diberikan oleh suspek bagi tujuan pelaburan emas,” katanya dalam
kenyataan malam tadi.
Osman
berkata mangsa yang ingin menunaikan wang keuntungan tersebut telah
diberikan satu resit transaksi kemasukan wang ke dalam akaunnya.
Bagaimanapun,
setelah semakan dibuat, mangsa mendapati tiada kemasukan wang dan
semakan dengan pihak bank juga mendapati resit transaksi yang diberikan
adalah palsu.
Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan