Sabtu, 21 November 2020

APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan

Harits Asyraf Hasnan
APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Pandemik COVID-19 telah menyatukan para pemimpin dalam menetapkan tindak 
balas untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi itu. - Foto Astro AWANI/
SHAHIR OMAR
 
KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur 2020 bakal menjadi cerminan kepada aspirasi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dalam terus memacu pembangunan holistik serantau.
 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bukan sahaja dokumen yang membantu para anggota ekonomi menangkis cabaran ketika ini, malah membawa kesejahteraan kepada setiap warga di rantau ini.
 
"Ini seiring dengan usaha Malaysia dalam menjuarai kerangka bahawa ekonomi global yang mengambil kira kemajuan ekonomi melangkaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
 
"Selaku tuan rumah APEC 2020, Malaysia membawa penambahbaikan dalam aspek pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, yang sering dipandang enteng, seperti taraf dan kualiti hidup rakyat," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2020 yang berlansung secara maya pada Jumaat malam.
 
BACA: APEC 2020: Malaysia cadang tiga keutamaan rangkumi semua aspek ekonomi
 
Tambah beliau, pandemik COVID-19 telah menyatukan para pemimpin dalam menetapkan tindak balas untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi itu.
 
Antara kandungan deklarasi tersebut termasuk memerangi dan langkah mitigasi pandemik COVID-19.
 
Selain menambah baik hala tuju perdagangan dan pelaburan, Deklarasi Kuala Lumpur 2020 turut menekankan ekonomi inklusif menerusi ekonomi digital dan teknologi.

Tiada ulasan: