SERAMAI
40 banduan dari Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan berjaya menghasilkan
1,000 Peralatan Perlindungan Diri (PPE) iaitu penutup kepala (head
cover) sejak 30 Mac lalu dalam tempoh sehari bagi keperluan kakitangan
perubatan dalam menghadapi situasi ketika wabak Covid-19.
Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Penjara Mat Yaacob berkata, PPE itu dihasilkan oleh banduan yang berkemahiran dalam bidang jahitan dengan dipantau oleh beberapa orang guru kelas jahitan penjara.
Katanya, kaedah ini digunapakai oleh banduan bagi menghasilkan PPE yang berkualiti dengan cepat serta mengelakkan pembaziran bahan asas yang semakin berkurangan.
“Kesemua banduan ini mendapat latihan khas daripada Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Hanisa Hassan.
“PPE yang dibuat ini menggunakan kaedah yang diilhamkan dan dikaji oleh Dr Hanisa bersama Pegawai Perubatan Negeri Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negeri Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir melalui kerjasama padu di antara UMK dan PBSM dalam membantu pihak hospital yang mengalami kekurangan bekalan PPE susulan daripada pertambahan bilangan pesakit Covid-19 sejak akhir-akhir ini.
“Hasil kreativiti melalui usaha ini sudah diuji oleh Jabatan Farmasi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan ia terbukti setanding dengan kualiti peralatan asal yang dihasilkan di kilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Terlebih dahulu, beliau menyerahkan 1,000 unit PPE berkenaan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwakili oleh Pengarah HRPZII, Datuk Dr Selasawati Ghazali.
Mat berkata, usaha ini akan diteruskan selagi negara berhadapan dengan wabak Covid-19, di mana banduan akan menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 PPE setiap hari untuk diagihkan kepada fasiliti kesihatan yang terbabit.
“Orang ramai serta agensi yang ingin membantu dalam usaha efektif ini boleh menyalurkan bantuan daripada segi bekalan peralatan jahitan ataupun bantuan kewangan menerusi akaun Bank Muamalat PBSM Negeri Kelantan, 03010000155713.
“Saya berharap dengan penghasilan PPE yang berkualiti dalam kuantiti yang banyak ini dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan PPE di fasiliti kesihatan di negeri ini khususnya yang mejadi kebimbangan utama bagi wira barisan hadapan negara,” katanya.
Sementara itu, Selasawati menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudah menyumbang dalam menjayakan usaha ini terutamanya komitmen yang tinggi daripada Penjara Pengkalan Chepa.
“Sesungguhnya kerjasama antara badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) adalah penting dalam menghadapi wabak Covid-19 ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan